saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 19/03/2014

14 didakwa ambil, miliki dadah

Seorang peguam berbincang dengan ahli keluarga salah seorang tertuduh dalam kes pengambilan dan memiliki dadah semasa sebuah konsert di Bukit Jalil di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/RUSHDI SALLEH

KUALA LUMPUR 18 Mac - Seramai 14 lelaki warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengambil dan memiliki pelbagai jenis dadah semasa konsert Future Music Festival Asia (FMFA) di Stadium Nasional Bukit Jalil yang menyaksikan enam penonton mati dipercayai akibat pengambilan dadah sintetik berlebihan, Jumaat lalu.

Mereka terdiri daripada tiga warga Sudan, Maldives (3), Singapura (2), Indonesia (2) dan masing-masing seorang dari Australia, Mauritius, Pakistan serta Zimbabwe merupakan pelajar kolej swasta di negara ini dan pelancong.

Kesemua lelaki itu yang dituduh secara berasingan didakwa melakukan perbuatan tersebut di sekitar pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil dan balai polis bergerak di kawasan sama antara pukul 9.50 malam, 13 Mac dan 12.30 tengah malam, 15 Mac lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan diwajibkan pengawasan minimum dua tahun serta maksimum tiga tahun.

Pertuduhan turut dikemukakan mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun dan Seksyen 6 akta tersebut yang membawa hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun.

Tiga warga Sudan, Mohamed Abdalla Sayed Mohamed, 23, Mohamed Elzain Dafaalla Babeker Khalid, 22, dan Awap Abdualhafez Alrwfaea Abual Hassan, 23, serta dua warga Indonesia iaitu Angga Diandry Andy, 23, dan Ari Fiyanto, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Kelima-lima mereka mengaku atas pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 kerana didakwa mengambil dadah jenis Tetrahydrocannabinol dan Methamphetamine.

Awap Abdualhafez Alrwfaea juga mengaku bersalah memiliki sebiji dadah jenis ekstasi seberat 0.60 gram dan didakwa mengikut Seksyen 12(2) akta tersebut.

Sembilan lagi tertuduh lain yang mengaku tidak bersalah terdiri daripada tiga warga Maldives iaitu Fazal Mohamed, 24, Hassan Ibrahim, 20, dan Ahmed Hayyan Majeed, 19, serta dua warga Singapura, Ng Teck Ming, 27, dan Mohamad Redzwan Sali, 26.

Yang turut membuat pengakuan tidak bersalah ialah warga Australia, Adam Paul, 19; Paven Akshay, 20, (Mauritius); Muhammad Ahsan, 23, (Pakistan) dan Tinashe Shimbo, 27, dari Zimbabwe.

Mereka didakwa mengambil dadah jenis yang sama termasuk Amphetamine dan 11-nor-delta-9- Tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid.

Paven Akshay, Fazal Mohamed, Muhammad Ahsan, Hassan Ibrahim turut didakwa memiliki antara satu dan dua biji dadah jenis ekstasi manakala Teck Ming didakwa memiliki dadah jenis kanabis.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menetapkan 20 Mac dan 23 April ini untuk sebutan semula kes terhadap semua tertuduh yang antaranya diwakili peguam Tania Scivetty Sandu dan Mohd. Shamril Afzan Mohamed.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Diana Nor Azwa.

Ahad lalu, Mingguan Malaysia melaporkan enam penonton konsert tersebut maut akibat pengambilan dadah berlebihan.

Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Sabreena Kamarudin, 21; Syazana Sohaime, 23; Victor Wong E Hern, 26; Faizza Mohd. Wazir, 27; dan M. Suresh, 28.

Susulan kejadian itu, polis membatalkan hari ketiga iaitu kemuncak konsert tersebut yang dijadualkan berlangsung di lokasi sama pada malam 15 Mac lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.