saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 25/04/2014

Nik Nazmi dibebas daripada tuduhan anjur perhimpunan di Kelana Jaya

PUTRAJAYA 25 April - Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad daripada tuduhan menganjurkan satu perhimpunan di Stadium Kelana Jaya, Mei tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof yang bersidang bersama Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer memutuskan demikian selepas membenarkan rayuannya secara sebulat suara.

Mahkamah turut mengisytiharkan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai melanggar Perlembagaan.

Nik Nazmi dituduh menganjurkan perhimpunan itu tanpa memberikan notis 10 hari lebih awal kepada pihak polis seperti yang diperlukan di bawah akta berkenaan.

Nik Nazmi didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana gagal memberikan notis, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 9(5) akta sama yang memperuntuk hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.