saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 07/05/2014

Nik Nazmi lepas tanpa bebas

Nik Nazmi Nik Ahmad

PETALING JAYA 6 Mei - Bekas Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini didakwa semula di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan berhubung penganjuran perhimpunan Black 505 di Stadium Kelana Jaya, tahun lalu.

Hakim Yasmin Abdul Razak bagaimanapun melepaskan tanpa membebaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia itu daripada pertuduhan tersebut ekoran terikat dengan penghakiman Mahkamah Rayuan bertarikh 25 April lalu yang membenarkan rayuan Nik Nazmi untuk memba­talkan dakwaan sama yang dihadapinya sebelum ini.

Dalam penghakiman tersebut, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof yang bersidang bersama Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer sebulat suara melepas dan membebaskan Nik Nazmi, 32, di samping mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Nik Nazmi pada 17 Mei tahun lalu dan pada hari ini didakwa atas tuduhan sebagai penganjur program Penerangan Negeri Selangor gagal memaklumkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya mengenai perhimpunan itu dalam tempoh yang ditetapkan iaitu 10 hari sebelum tarikh program.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya di sini, kira-kira pukul 8.30 malam, 8 Mei 2013 dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 9(1) APA 2012 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama.

Terdahulu, Yasmin mendengar hujah pihak-pihak yang terlibat hari ini dalam permohonan menghalang Nik Nazmi daripada dibicarakan yang dikemukakan oleh peguam, N. Surendran yang mewakilinya.

Peguam terbabit membuat permohonan tersebut sejurus selepas pertuduhan dibacakan kepada Nik Nazmi dan sebelum sebarang pengakuan direkodkan.

Surendran menghujahkan, tindakan pihak pendakwaan mendakwa semula Nik Nazmi selepas 11 hari anak guamnya dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan atas pertuduhan sama adalah satu tindakan bertentangan dengan peruntukan Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 302 Kanun Tatacara Jenayah.

Menurut peruntukan Perlembagaan dan Seksyen tersebut, seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan atas sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula atas kesalahan sama kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah dibatalkan dan diperintah untuk dibicarakan semula oleh mahkamah yang lebih tinggi.

Peguam itu turut menyatakan, pertuduhan terhadap Nik Nazmi pada hari ini adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Selain itu, Surendran berkata, tindakan mendakwa semula Nik Nazmi atas pertuduhan sama adalah tindakan menghina Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Sesyen tidak seharusnya bersekongkol dengan perbuatan tersebut.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin dalam hujahnya menyatakan, Mahkamah Sesyen bukanlah forum yang sesuai untuk memutuskan sama ada pertuduhan yang dikenakan ke atas Nik Nazmi hari ini menghina Mahkamah Rayuan atau sebaliknya.

Beliau turut menyatakan Mahkamah Sesyen tidak mempu­nyai kuasa untuk melepas dan membebaskan seseorang tertuduh tanpa menjalankan perbicaraan.

Yasmin sebelum membuat keputusan menyatakan, walaupun beliau bersetuju dengan hujah pendakwaan berhubung kuasa Mahkamah Sesyen dalam melepas dan membebaskan seseorang tertuduh namun beliau juga terikat dengan keputusan mahkamah yang lebih atas.

Beliau turut menyifatkan tindakan pendakwaan menuduh semula Nik Nazmi pada peringkat ini sebagai pramatang dan sepatutnya menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Saya perlu akur. Saya, Mahkamah Sesyen terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan kecuali keputusan tersebut dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan. Dan sehingga itu, saya terikat dengan penghakiman Mahkamah Rayuan," ujarnya sebelum melepas tanpa membebaskan Nik Nazmi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.