saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 11/06/2014

Ayat terakhir Hussain: "My darling"

CHEONG Mei Kuen (kiri) ketika hadir ke Mahkamah Tinggi semasa perbicaraan kes seorang penarik kereta didakwa membunuh suaminya, Hussain Ahmad Najadi di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

KUALA LUMPUR 10 Jun - "Ayat terakhirnya kepada saya ialah my darling, kemudian dia 'tinggalkan' saya."

Dengan linangan air mata, jururunding bidang pengurusan, Cheong Mei Kuen, 49, menceritakan kepada Mahkamah Tinggi di sini saat-saat terakhir sebelum suaminya yang juga pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia (AmBank), Hussain Ahmad Najadi menghembuskan nafasnya terakhir selepas ditembak oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Saksi itu berkata demikian pada perbicaraan hari kedua tertuduh, Koong Swee Kwan yang merupakan seorang penarik kereta didakwa membunuh pengasas bank tersebut dan cuba membunuh Mei Kuen.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta di Tokong Cina Kuan Yin, No. 4, Lorong Ceylon, Dang Wangi antara pukul 1.30 dan 2 petang, 29 Julai 2013.

Pendakwaan turut dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abd. Karim dan Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala tertuduh diwakili peguam bela, Zambri Idrus.

Dalam kejadian yang berlaku pada 29 Julai tahun lalu, Mei Kuen memberitahu, mereka sedang berjalan menuju ke kereta yang menunggu di pagar utama Tokong Cina Kuan Yin selepas selesai berbincang dengan seorang lelaki bernama Richard Morrais.

Perbincangan tersebut berkaitan dengan perjanjian jual beli satu deret bangunan kedai milik tokong itu yang terletak di luar rumah ibadat tersebut.

Wanita itu memberitahu, suaminya tidak mempunyai sebarang kaitan atau kepentingan dengan tokong terbabit tetapi diminta oleh pemegang amanah tokong itu untuk membantu mereka kerana perjanjian tersebut di dalam bahasa Inggeris dan kerana Hussain mempunyai perwatakan yang tenang.

"Ketika berjalan melalui kawasan tempat letak kereta, tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti mercun. Dalam masa sama, suami saya berpaling dan panggil saya. Dia panggil saya 'Darling'. Lepas itu saya jatuh.

"Kemudian saya dengar lagi beberapa bunyi mercun dan lepas itu suami saya terjatuh ke atas badan saya dengan muka memandang ke atas. Kemudian tangan kiri saya terasa sangat sakit. Apabila saya pandang ke atas, saya nampak seorang lelaki berdiri di depan kami," katanya dalam bahasa Inggeris.

Pasangan itu berkahwin secara sah dan mendaftarkan perkahwinan itu di New South Wales, Australia.

Menjawab pertanyaan Yusaini Amer, saksi pendakwa ketujuh itu berkata, selepas suaminya terjatuh ke atas badannya, beliau dapat melihat dengan jelas lelaki yang kemudian dicamkan sebagai tertuduh mengacukan pistol ke dada suaminya.

Pada ketika itu, tertuduh berada dalam jarak antara dua hingga tiga kaki iaitu kira 61 ke 91 sentimeter.

"Saya nampak lelaki itu mengacukan pistol ke arah dada suami. Saya cuba menghadang tubuh suami saya daripada ditembak tetapi tidak berjaya sebab ditindih oleh tubuh suami. Saya kemudian meletakkan tangan kanan ke atas dada Hussain dan menggerakkannya ke atas dan bawah (seperti menggosok) dengan laju dengan harapan dia (tertuduh) tidak menembak dada suami saya.

"Tetapi dia tembak juga. Saya kemudian melihat suami saya dan memanggilnya berkali-kali tetapi dia tidak menjawab. Dadanya masih bergerak tetapi tidak menyahut panggilan. Kemudian dia memandang ke atas, ke arah saya dan sebut my darling sebelum 'meninggalkan' saya.

"Tidak lama kemudian, saya dapat rasa ada seseorang cuba menarik saya dari bawah suami tetapi saya enggan melepaskannya. Saya tidak mahu tinggalkan suami saya. Saya tidak mahu tubuhnya terkena tanah. Saya cuma mahu badannya tetap di atas badan saya. Tetapi seseorang menarik saya meninggalkannya, masukkan saya ke dalam kereta dan bawa ke hospital," katanya sambil mengesat air mata.

Ketika menjawab soalan pada peringkat pemeriksaan semula, Mei Kuen memberitahu beliau tidak akan lupa akan wajah individu yang menembak suaminya sehingga mati.

Terdahulu, perunding dan Pakar Bedah Ortopedik, Prince Court Medical Centre, Dr. Yong Chee Kuen, memberitahu mahkamah, wanita tersebut kehilangan darah yang banyak iaitu kira-kira 15 hingga 30 peratus jumlah keseluruhan darah badannya.

Sekiranya, Mei Kuen terus mengalami pendarahan, keadaannya boleh menjadi bertambah parah dan boleh mengakibatkan kematian, ujar doktor terbabit.

Chee Kuen turut memaklumkan, wanita itu sangat bernasib baik kerana tembakan yang mengenai pada paha kanannya tersasar dengan salur darah utama dengan jarak yang sangat tipis.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd. Azman Husin bersambung esok.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.