saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 12/06/2014

Suspek bunuh Hussain ditangkap di Taiping

KUALA LUMPUR 11 Jun - Seorang pegawai polis dengan pasti memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa imej lelaki yang dilihat mundar-mandir di hadapan sebuah tokong Cina sebelum melepaskan tembakan ke arah mangsa melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dengan suspek yang ditangkap di Taiping, Perak adalah individu sama.

Individu terbabit kemudian dicamkan sebagai penarik kereta, Koong Swee Kwan yang merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia (AmBank), Hussain Ahmad Najadi dan cubaan membunuh isterinya, Cheong Mei Kuen.

Inspektor Tay Chew Thwa, 38, yang kini bertugas di Jabatan Siasatan Khas, Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) berkata, beberapa ciri yang terdapat pada suspek yang ditahan di sebuah rumah di Larut Tin Tambahan, Taiping berbeza dengan tertuduh pada hari ini, namun beliau yakin dia masih lelaki yang sama.

Terdahulu, pegawai polis yang sebelum ini bertugas di Jabatan Jenayah Berat, IPPKL berkata, beliau bersama rakan setugas, Inspektor Looi Ah Meng dan lapan orang detektif telah ke Taiping, Perak pada 22 September 2013 dalam usaha mengesan dan menangkap Swee Kwan.

Pada tarikh tersebut mereka menahan seorang lelaki Cina bernama Song Thye Yong di sebuah gelanggang bola keranjang di Taman Gunung View yang membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki Cina di sebuah kedai telekomunikasi, Heng Yi Chong.

"Tangkapan itu (Yi Chong) kemudian membawa kami ke sebuah rumah di tepi Sungai Emas. Pada pukul 1 pagi, 23 September 2013, saya dan pasukan telah mengepung rumah tersebut sebelum memperkenalkan diri kami dan meminta penghuni agar membuka pintu.

"Namun tiada tanda-tanda pintu dibuka. Kami kemudian telah memecah masuk dan terlihat seorang lelaki Cina berlari dari ruang tamu ke salah satu bilik. Berlaku pergelutan tetapi lelaki terbabit dapat ditangkap di bilik tengah rumah tersebut," katanya.

Pemeriksaan ke atas lelaki itu mendapati dia merupakan suspek utama dalam kes itu.

Saksi pendakwaan ke-10 itu berkata demikian dalam perbicaraan hari ketiga, Swee Kwan yang menghadapi pertuduhan membunuh Hussain, 75, dan cubaan membunuh Mei Kuen, 49.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta di Tokong Cina Kuan Yin, No. 4, Lorong Ceylon, Dang Wangi antara pukul 1.30 dan 2 petang, 29 Julai tahun lalu.

Bagi tuduhan membunuh Hussain, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pertuduhan cubaan membunuh Mei Kuen pula dikemukakan mengikut Seksyen 307 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Yusaini Amer Abd. Karim manakala tertuduh diwakili peguam bela, Zambri Idrus.

Menjawab soalan berhubung rakaman CCTV, Chew Thwa memberitahu, beliau melihat rakaman tersebut dengan bantuan juruteknik syarikat yang membekalkan kamera tersebut yang dikenali dengan nama Kenny.

Tambahnya, terdapat enam buah kamera merangkumi keseluruhan kawasan bahagian depan tokong tersebut.

Melalui rakaman-rakaman enam buah kamera terbabit, pegawai polis itu menyatakan, salah satu rakaman menunjukkan seorang lelaki berkemeja lengan panjang bercorak petak warna gelap dan putih, bertopi dan merokok sedang mundar-mandir di hadapan rumah ibadat itu.

Satu lagi menunjukkan lelaki sama berlari anak menuju ke arah satu pasangan yang baru keluar dari tokong dan kemudian melihat mangsa lelaki tumbang manakala mangsa wanita jatuh terduduk di sebelah mangsa lelaki.

Sewaktu pemeriksaan balas oleh Zambri, Chew Thwa memberitahu Thye Yong merupakan individu telah membantu Swee Kwan bersembunyi.

Pegawai polis itu turut memberitahu beliau tidak menyoal beberapa individu yang turut dilihat dalam rakaman CCTV kerana mereka tidak berkaitan dengan kes.

Beliau turut memberitahu dia tidak dapat mengingati beberapa perkara berkenaan rakaman tersebut kerana ia tidak ditunjukkan kepadanya pada prosiding hari ini.

Prosiding yang didengar oleh Hakim Datuk Mohd. Azman Husin akan bersambung esok.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.