saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 09/08/2014

Shamsul Iskandar mohon maaf daripada Jamil Khir

JAMIL Khir Baharom (tengah) bersalaman dengan Shamsul Iskandar Mohd. Akin sambil disaksikan oleh Othman Mustapha (kanan) di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/NORADZRENE MOHD. NOOR

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin hari ini mengemukakan permohonan maaf dan melahirkan rasa kesalnya dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom terhadap beliau berhubung pernyataannya dalam satu rancangan forum di Radio Televisyen Malaysia (RTM), dua tahun lalu.

Dalam terma-terma persetujuan bagi penyelesaian kes saman itu yang direkodkan di Mahkamah Tinggi di sini, Shamsul Iskandar membuat permohonan maaf kepada Jamil Khir atas segala kekeliruan dan salah tanggapan yang timbul ekoran pernyataan-pernyataannya dalam rancangan televisyen tersebut.

Shamsul Iskandar juga menyatakan kekesalannya berhubung pernyataan-pernyataannya itu telah disalahertikan sehingga menimbulkan kekeliruan dan menyebabkan wujud persepsi negatif terhadap menteri tersebut.

Beliau membuat dan membacakan pernyataan maaf serta rasa kesalnya itu dalam prosiding di kamar Hakim Datuk Nor Bee Ariffin.

Jamil Khir yang ditemui pihak media sejurus selepas berakhirnya pertikaian dalam tuntutan saman fitnahnya itu, menyambut baik permohonan maaf tersebut.

"Saya terbuka dalam hal ini dan sempena bulan Syawal ini, adalah wajar bagi saya menyambut permohonan maaf atas segala tuduhan yang telah dilemparkan terhadap saya," menurutnya.

Beliau memfailkan saman tersebut pada 11 Mei 2012 kerana mendakwa Shamsul Iskandar secara tidak benar dan berniat jahat memfitnahnya ketika menjawab persoalan dan mengulas tentang isu sumpah dakwaan liwat yang dibuat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rancangan forum tersebut di RTM.

Prosiding ringkas yang mengambil masa tidak sampai 15 minit itu, bermula selepas Jamil Khir dilihat bersama peguam Adnan Seman @ Abdullah dan Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil masuk ke kamar hakim, bersama peguamnya, Fahda Nur Ahmad Kamar pada pukul 9.42 pagi.

Yang turut menemani Jamil Khir ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.

Sebaik sahaja prosiding berakhir, Shamsul Iskandar dan Jamil Khir dilihat saling bersalaman di luar mahkamah.

Menurut Shamsul Iskandar, kes saman terhadapnya telah diselesaikan secara baik dalam `mood' Hari Raya Aidilfitri dan bulan Syawal.

"Kami tidak bercadang untuk memanjangkan hal ini sebaliknya akan terus memastikan dapat bekerjasama dengan baik dalam hal-hal melibatkan kepentingan rakyat," ujar beliau.

Sementara itu, Jamil Khir mengesahkan pihaknya menarik balik saman tersebut tanpa kebebasan untuk memfailkan semula dan Hakim Nor Bee kemudian membatalkan tindakan itu tanpa sebarang perintah mengenai kos.

Menurut pernyataan tuntutan terpinda bertarikh 8 November 2012, pihak plaintif menyatakan, Shamsul Iskandar selaku telah dijemput sebagai ahli panel dalam satu forum Bicara Rakyat oleh RTM yang ditayangkan secara langsung di saluran TV1 pada 30 Mac 2012 bagi membincangkan tajuk 'Pengurusan Persepsi'.

Ketika menjawab persoalan serta mengulas tentang isu sumpah dakwaan liwat yang dibuat ke atas Anwar, Shamsul Iskandar selaku defendan telah secara tidak benar dan berniat jahat telah memfitnah plaintif.

Perkataan fitnah itu membawa maksud, plaintif telah menentang serta menghalang pelaksanaan undang-undang syariah berkaitan qazaf di negara ini dan telah campur tangan menghalang pendakwaan qazaf seperti yang dituntut oleh Ketua Pembangkang itu.

Selain memohon perintah injunksi, plaintif yang juga Ahli Parlimen Jerai menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk RM100,000 dan ganti rugi pengajaran RM100,000.

Defendan dalam pernyataan pembelaan bertarikh 17 Julai tahun sama menyatakan, pernyataan yang dibuatnya itu merupakan komen yang adil dan dibuat di bawah perlindungan keistimewaan bersyarat.

Defendan turut pernah mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman itu tetapi ditolak oleh mahkamah tersebut pada 10 September tahun lalu. Emsabil Ab. Emsabil Ab. Jaafar (kiri) mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang, semalam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.