saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 22/08/2014

Kes Anwar saman UMMB didengar di hadapan hakim lain

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Peguam mewakili Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB), hari ini memaklumkan kepada Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Rosilah Yop berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan syarikat akhbar tersebut supaya kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap mereka didengar di hadapan hakim lain.

Ekoran perintah Mahkamah Rayuan itu, kes saman fitnah Anwar RM100 juta terhadap UMMB dan TV3 berhubung isu pencerobohan rakyat asing di Lahad Datu, Sabah akan didengar di hadapan hakim yang baharu.

Status kes tersebut dimaklumkan kepada pemberita oleh Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin selepas pengurusan kes di kamar hakim.

UMMB, Rabu lalu mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Rosilah pada 18 April yang menolak permohonan UMMB supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes saman tersebut.

Rosilah Yop memutuskan demikian setelah mendapati kebimbangan dan dakwaan syarikat akhbar itu berhubung akan timbulnya unsur berat sebelah, adalah tidak berasas.- UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.