saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 28/08/2014

Rayuan akhir Khir Toyo hari ini

PUTRAJAYA 27 Ogos - Rayuan akhir bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan hukuman penjara setahun atas kesalahan mendapatkan untuk beliau dan isteri, dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai jutaan ringgit, dijadualkan didengar di Mahkamah Persekutuan esok.

Rayuan akhir itu penting bagi menentukan nasib bekas Menteri Besar Selangor itu sama ada beliau akan dibebaskan atau dipenjara setahun atas kesalahan tersebut.

Kebiasaannya, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan kes jenayah atau kes sivil boleh membuat keputusan pada hari yang sama selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak atau menangguhkan keputusan pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

Rayuan itu yang sepatutnya didengar pada 15 April lalu ditangguhkan kerana peguam utama Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili perayu, menghadiri seminar di Jepun.

Mohamad Khir, 48, merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 30 Mei tahun lalu yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara atas tuduhan mendapatkan untuk beliau dan isteri, Zahrah Kechik, 48, hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta.

Mahkamah Rayuan turut mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember dua tahun lalu yang mengarahkan perayu dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan kepada kerajaan.

Mohamad Khir dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam daripada Ditamas Sdn. Bhd. melalui Shamsuddin Hayroni yang merupakan pengarahnya.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.