saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 29/08/2014

Rayuan Khir Toyo ditangguh 6 November

Mohamad Khir Toyo

PUTRAJAYA 28 Ogos - Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan lagi rayuan akhir Dr. Mohamad Khir Toyo terhadap sabitan dan hukuman penjara setahun atas kesalahan melibatkan hartanah bernilai jutaan ringgit selepas bekas Menteri Besar Selangor itu dimasukkan ke hospital malam tadi.

Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang bersidang bersama Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Ramly Ali menangguhkan rayuan hingga 6 November depan.

Mahkamah sepatutnya mendengar rayuan Mohamad Khir, 48, terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 30 Mei tahun lalu yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara atas tuduhan mendapatkan untuk beliau dan isteri, Zahrah Kechik, 48, dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta.

Mahkamah Rayuan turut mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember dua tahun lalu yang mengarahkan perayu dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan diserahkan kepada kerajaan.

Sebelum itu, peguam yang mewakilinya, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan bahawa Mohamad Khir dibawa ke Jabatan Kecemasan, Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) di Shah Alam dekat sini kira-kira pukul 9 malam.

Menurut Muhammad Shafee, perkara itu dimaklumkan oleh isterinya selepas perayu mengadu diserang migrain akibat masalah leher yang teruk dan kesakitan tersebut menyebabkan beliau tidak dapat berjalan.

Peguam bela kemudian memajukan kepada mahkamah sepucuk surat yang ditandatangani oleh Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi, Dr. Rashidi Saidin yang menyatakan Mohamad Khir didiagnos menghidap spondilosis servikal (cervical spondylosis) dan kini menerima rawatan lanjut.

Muhammad Shafee turut menyatakan, ketidakhadiran akibat penyakit tersebut merupakan yang pertama berlaku kepada perayu kerana sepanjang perbicaraan, anak guamnya tidak pernah tidak hadir ke mahkamah.

Penangguhan kali pertama di Mahkamah Persekutuan pada 15 April lalu adalah kerana peguam itu menghadiri seminar di Jepun.

Sehubungan itu, beliau memohon penangguhan agar rayuan tersebut didengar pada tarikh lain kerana anak guamnya perlu menjalani rawatan dan pemerhatian untuk tempoh tertentu.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd. Daud memaklumkan pihaknya tiada bantahan terhadap penangguhan tersebut.

Ketika ditemui pemberita sejurus mahkamah selesai bersidang, Muhammad Shafee menyatakan anak guamnya bersedia untuk mendengar rayuan hari ini dan telah memberi kerjasama kepada pihak pembelaan sepanjang dua minggu lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.