saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 29/08/2014

Mahkamah tolak permohonan Abu Backer

PULAU PINANG 28 Ogos - Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak permohonan calon Bebas kerusi Parlimen Bukit Gelugor, Abu Backer Sidek Mohamad Zan untuk mendapatkan statistik terperinci jumlah keputusan berdasarkan daerah mengundi dan pusat undi pada pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen tersebut pada 25 Mei lalu.

Statistik itu juga meliputi jumlah penduduk mengikut bangsa dan keturunan pada hari pengundian bagi setiap saluran mengundi serta jumlah undi rosak.

Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Swee Seng juga menolak permohonan Abu Backer Sidek untuk membuat pindaan sewajarnya ke atas petisyen pilihan raya yang difailkan olehnya pada 18 Jun lalu bagi memperincikan fakta-fakta dalam petisyen itu.

Sehubungan itu, Abu Backer diperintah membayar kos RM10,000 kepada Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh Deo dan RM8,000 masing-masing kepada pegawai pengurus Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dinamakan sebagai responden kedua dan ketiga dalam petisyen tersebut.

Permohonan itu ditolak atas alasan Mahkamah Pilihan Raya tidak mempunyai hak berkaitan kes di bawah Seksyen 26 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang hanya boleh didengar di Mahkamah Tinggi.

Abu Backer Sidek memfailkan petisyen untuk mencabar kemenangan Ramkarpal pada PRK tersebut yang diadakan ekoran kematian penyandang kerusi Parlimen tersebut, Karpal Singh yang juga bapa Ramkarpal akibat kemalangan jalan raya.

Abu Backer Sidek yang juga seorang peguam mewakili diri sendiri manakala Ramkarpal diwakili peguam Gobind Singh Deo manakala responden kedua dan ketiga diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Andi Razalijaya Dadi.

Pada PRK itu, Ramkarpal menang dengan majoriti 37,659 undi selepas memperoleh 41,242 undi.

Tiga lagi calon iaitu Cheng Guan yang juga Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) yang memperoleh 3,583 undi manakala calon Bebas iaitu ahli Pas, Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abd. Shatar (799) dan Abu Backer (225).

Prosiding diteruskan dengan bantahan awal terhadap petisyen yang dikemukakan oleh Abu Backer.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.