saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 03/09/2014

Pensyarah UM didakwa menghasut

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Azmi Sharom dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut berhubung krisis perlembagaan Perak 2009, pertengahan bulan lalu.

Azmi, 45, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang didakwa dilakukan di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 15 Ogos lalu.

Tertuduh yang merupakan Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan menerbitkan perkataan menghasut berhubung isu yang sama pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang berikutnya, boleh dipenjara sehingga lima tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam Gobind Singh Deo.

Hakim Zainol Rashid Hussain membenarkan Azmi diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 3 Oktober ini.

Yang turut hadir memberi sokongan kepada tertuduh ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dan Ahli Lembaga Pengarah Sisters in Islam (Sis), Datin Marina Mahathir serta pelajar-pelajar universiti tersebut yang juga dilihat memegang kain rentang di luar mahkamah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.