saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 10/09/2014

Penyelia tapak binaan hina Ramadan, Aidilfitri dipenjara setahun

CHOW MUN FAI

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Seorang penyelia tapak pembinaan menangis teresak-esak sebelum dihukum penjara maksimum satu tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menggunakan aplikasi Facebook untuk menghantar komen dengan niat menyakitkan hati orang Islam, Jun lalu.

Komentarnya di Facebook pada bulan puasa lalu mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila dia menghina Ramadan dan Aidilfitri.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman itu terhadap Chow Mun Fai, 37, berkuat kuasa hari ini, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan.

Azman berharap hukuman itu bukan sahaja menjadi pengajaran kepada tertuduh, tetapi pada masa yang sama sebagai peringatan kepada orang ramai supaya tidak berselindung di sebalik kemudahan internet untuk menyiarkan kata-kata bersifat jelik yang boleh menimbulkan kemarahan sehingga cenderung kepada runtuhnya keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menghantar komentar yang bersifat jelik itu di akaun Facebooknya, di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre Sentul Park, Jalan Strachan, Sentul di sini kira-kira pukul 10.30 pagi, 12 Jun lalu.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya.

Bagi tuduhan utama pula, tertuduh didakwa menerbitkan satu penerbitan yang menghasut di Facebook miliknya pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, bertindak atas satu laporan daripada seorang penyelia berhubung komentar bersifat jelik yang disiarkan melalui akuan Facebook, Chow Jack, pada 12 Jun lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuat pemeriksaan dan mendapati Mun Fai adalah pemilik akuan laman sosial itu.

Lelaki itu kemudian ditahan dan dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Terdahulu, peguam Ahmad Ridza Mohd. Noh yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan memandangkan anak guamnya adalah penanggung tunggal keluarga.

Katanya, anak sulung daripada tiga beradik itu juga menghidap penyakit tibi dan ekoran itu dia menerima wang RM300 setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapat rawatan.

"Pada masa yang sama, anak guam saya telah insaf dan memohon maaf atas perbuatannya serta berjanji tidak akan mengulanginya pada masa yang akan datang," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum atas alasan kenyataan tertuduh dalam komentarnya langsung tidak sensitif terhadap kepelbagaian masyarakat di negara ini.

Tambahnya, tindakan tertuduh itu seolah-olah mempertikai ketinggian Islam sebagai agama Persekutuan.

"Ini kerana, penggunaan perkataan dalam komentarnya jelas dinyatakan kepada penganut Islam dan lebih menyakitkan, perbuatan itu dilakukan pada bulan Ramadan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, hukuman berat terhadap tertuduh akan memberi gambaran bahawa mahkamah tidak akan berkompromi kepada mereka yang membelakangkan undang-undang serta kebebasan bersuara di negara ini.

"Sesungguhnya, setiap pengguna laman sosial itu perlu sedar kebebasan yang diberi itu perlu bergerak seiring dengan tanggungjawab terhadap kesan yang bakal berlaku ke atas kenyataan mereka," jelasnya.

Tertuduh yang bertubuh kecil dilihat menangis teresak-esak ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa. Ibu dan bapa tertuduh yang hadir di galeri mahkamah juga tidak dapat menahan air mata ketika hakim membacakan keputusan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.