saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 15/10/2014

Mahkamah Rayuan benarkan UMMB tangguh prosiding taksiran ganti rugi

PUTRAJAYA 14 Okt. - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) untuk menggantung prosiding taksiran ganti rugi dalam kes saman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap syarikat akhbar tersebut berhubung penerbitan artikel Tolak Anwar - Hasan, dua tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mah Weng Kwai memberikan kebenaran tersebut sementara menunggu rayuan berhubung permohonan UMMB untuk meminda pernyataan pembelaan mereka bagi memasukkan fakta berkenaan kesalahan jenayah liwat yang telah disabitkan ke atas Anwar selesai didengar oleh Mahkamah Rayuan.

Beliau bersidang bersama-sama Dr. Badariah Sahamid dan Vernon Ong Lam Kiat.

Peguam Nazeera Hanifa yang mewakili UMMB memaklumkan, rayuan tersebut akan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 20 Januari tahun depan. UMMB turut diwakili peguam Muhammad Asmirul Asraf Fadli.

Peguam Shahid Adli Kamaruddin yang mewakili Anwar mengesahkan perkara itu.

Pada 23 September lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan syarikat akhbar itu untuk menggantung prosiding taksiran ganti rugi sementara menunggu rayuan mereka berhubung keputusan Hakim Datuk Hue Siew Kheng yang tidak membenarkan UMMB meminda pernyataan pembelaan.

Prosiding taksiran ganti rugi sepatutnya didengar oleh Hakim Siew Kheng pada Jumaat ini.

Mahkamah Tinggi pada 21 Januari 2013 membuat keputusan yang memihak kepada Anwar dan memerintahkan UMMB membayar kos RM45,000 setelah mendapati artikel itu dan artikel Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak di muka surat 10 Utusan Malaysia telah memfitnah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Bagaimanapun taksiran ganti rugi ditentukan kemudian setelah UMMB pada 6 Mac tahun lalu memfailkan permohonan untuk menggantung prosiding taksiran ganti rugi tersebut.

Anwar dalam saman fitnah RM50 juta yang difailkan pada 20 Januari 2012, menamakan UMMB dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak sebagai pihak defendan.

Anwar, 67, mengemukakan tuntutan tersebut ekoran penerbitan artikel yang berkaitan transkrip penuh sidang akhbar bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dalam akhbar Utusan Malaysia pada 17 Januari 2012.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, perkataan fitnah itu berasaskan kepada temu ramah antara beliau dengan syarikat penyiaran, Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.