saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 16/10/2014

Penganggur dituduh bunuh teman wanita

Abd. Khalid

BUKIT MERTAJAM 15 Okt. - Kematian seorang wanita yang mayatnya ditemui dibakar dan ditanam di kawasan semak akhirnya terbela apabila teman lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membunuh mangsa, hujung bulan lalu.

Abd. Khalid Md. Isa, 43, yang merupakan penganggur didakwa membunuh Rohani Hashim, 30, di rumah nombor 4183, Jalan Pengkalan Datuk Keramat, Bukit Tengah antara pukul 4 petang, 29 September dan 6 petang, 30 September lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang memakai kemeja T berwarna putih dan seluar paras lutut hanya mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Abd. Khalid.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lim Saw Sim manakala tertuduh yang tidak dibenarkan diikat jamin, tidak diwakili peguam bela.

Sebutan semula kes itu ditetapkan 15 Disember ini.

Dalam kejadian itu, Rohani dibunuh dengan mayatnya dibakar dan ditanam di kawasan semak kira-kira 50 meter dari rumah yang didiami tertuduh.

Kejadian itu disedari kakak tertuduh yang menemui beberapa bahagian badan mangsa di kawasan berhampiran selain kesan darah yang dilap di dalam rumah tersebut.

Tertuduh ditahan pada petang 1 Oktober lalu selepas melarikan diri ke rumah seorang saudaranya di Bandar Baharu dekat Kulim, Kedah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:30
Asar 4:47
Maghrib 7:29
Isyak 8:39



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.