saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 16/10/2014

Komander platun PGA tahu tentang pencerobohan

KOTA KINABALU 15 Okt. - Seorang komander platun Pasukan Gerakan Am (PGA) dimaklumkan mengenai pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari tahun lalu, kira-kira dua jam selepas sekumpulan penceroboh mendarat di kampung itu.

Inspektor Shogghirajan Nagendram, 29, selaku Komander Platun 7, Kompeni C Batalion ke-17 PGA memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, kira-kira pukul 12 tengah hari pada 12 Februari tahun lalu, komander kompeni beliau, Asisten Supritendan Azman Madusin memanggilnya ke pejabat dan dia dimaklumkan tentang pencerobohan.

"Kira-kira 12 tengah hari pada 12 Februari tahun lalu, saya dipanggil ASP Azman ke pejabat beliau dan memberitahu saya bahawa sekumpulan penceroboh mendarat di Kampung Tanduo kira-kira pukul 10 pagi hari itu.

"Saya dimaklumkan oleh Azman bahawa penceroboh mendarat dengan bot kecil," kata beliau ketika memberi keterang-an pada perbicaraan 30 tertuduh yang dituduh melakukan pelbagai kesalahan bersabit dengan pencerobohan itu.

30 tertuduh, terdiri daripada 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan, dibicarakan atas pelbagai tuduhan termasuk menganggotai kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Februari dan 10 April tahun lalu.

Ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff sama ada beliau menerima sebarang arahan berhubung pencerobohan pada hari itu, Shogghirajan berkata, kira-kira pukul 7 malam, Azman mengarahkannya membuat persedia-an untuk anggota-anggotanya bergerak ke Komtek Felda Sahabat 16 pada 7 pagi hari berikut.

Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.