saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 16/10/2014

Rasuah: 10 penguat kuasa dituduh di mahkamah

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Seramai 10 penguat kuasa dijangka dituduh di mahkamah pada esok dan Jumaat ini kerana meminta dan menerima suapan untuk melindungi kegiatan jenayah.

Sebanyak lima daripada mereka akan dituduh esok iaitu empat orang di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini dan seorang di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor.

Lima lagi akan dituduh pada Jumaat, juga di Mahkamah Sesyen Jalan Duta. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16 (a) (b) dan Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 serta Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Kesemua mereka sebelum ini ditahan dalam beberapa operasi berasingan di sini dan Johor.

Difahamkan, mereka adalah antara puluhan penguat kuasa pelbagai pangkat daripada pelbagai agensi penguatkuasaan yang telah ditahan serta disiasat oleh pihak SPRM kerana terlibat dengan perbuatan tidak berintegriti itu.

Dijangkakan lebih ramai lagi penguat kuasa akan dituduh di mahkamah oleh pihak SPRM tidak lama lagi.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Jamidan Abdullah yang mengesahkan perkara itu berkata, perbuatan pegawai penguat kuasa tersebut merupakan satu pengkhianatan amanah kepada negara dan masyarakat.

Berdasarkan siasatan SPRM kata beliau, tiga modus operandi pegawai penguat kuasa yang terlibat mengambil rasuah ini ialah menerima wang yang dimasukkan ke dalam akaun bank mereka, memasukkan wang tunai ke akaun proksi dan pemberian wang rasuah secara terus.

Menurut beliau, pemberian rasuah ini dilakukan secara bulanan bagi melindungi aktiviti yang menyalahi undang-undang negara.

Tambah beliau, pihaknya yang menjalankan siasatan mendapati, kes-kes melibatkan pegawai penguat kuasa yang dilaporkan kepada SPRM diterima selepas mangsa tertekan dengan desakan untuk membayar rasuah semakin meningkat.

"Mangsa aktiviti permintaan rasuah mendakwa jumlah rasuah bulanan diberi kepada penguat kuasa ini mampu menjejaskan 30 hingga 40 peratus daripada hasil keuntungan harian mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohd. Jamidan memberitahu, apa yang membimbangkan, kegiatan jenayah seperti kongsi gelap, judi haram, pelacuran dan penyeludupan yang dilindungi penguat kuasa yang meminta dan menerima suapan semakin serius.

Ujarnya, SPRM sendiri mengesan lebih 50 lokasi urus niaga duit gelap ini membabitkan beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur, Melaka, Perlis, Johor, Sarawak dan Sabah.

"Apa yang menghairankan lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan hitam jenayah masih tidak bersih sehingga kini seolah tidak ada penguatkuasaan dijalankan.

"Kita percaya penguat kuasa terbabit melindungi rumah perjudian, pelacuran dan pendatang asing yang menyebabkan kegiatan itu berterusan dan sukar dibanteras.

"Mereka juga meminta wang perlindungan sebelum operasi dilancarkan dan bagi melepaskan kes apabila ia membabitkan warga asing. Kegiatan itu dilaporkan baru-baru ini," katanya.

Tegas Mohd. Jamidan, SPRM akan terus menjalankan operasi membanteras kegiatan tidak bermoral itu bagi menangani rasuah membabitkan penguat kuasa ini.

Tambah beliau, pihaknya turut melancarkan beberapa operasi lain melibatkan kegiatan yang menyalahi undang-undang negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:24
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.