saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 16/10/2014

Lima individu termasuk 2 anggota polis didakwa terima rasuah RM4,600

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Lima individu termasuk dua anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan meminta dan memperoleh rasuah keseluruhannya berjumlah RM4, 600, antara 2012 hingga tahun lalu.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah.

Mereka yang didakwa ialah Lans Koperal Muhammad Nazruldin Chee Chau Vui, 34, Sarjan Shaharuddin Abdul Shukor, 54, dan dua kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) iaitu Mohd. Nasir Danuri, 45, Mohamad Rezuan Chan, 41, serta bekas kakitangan DBKL, Ja'affar Ibrahim, 57.

Mengikut pertuduhan, mereka masing-masing didakwa melakukan kesalahan itu di restoran makanan segera di Taman Connaught, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan di Batu 4, Lot 4868, Ampang, dekat sini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) dan 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama iaitu penjara tidak lebih 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.