saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 17/10/2014

Rasuah: Anggota polis, pembantu penguat kuasa DBKL didakwa

MUHAMMAD Nazruldin Chee Chau Vui diiringi polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan rasuah di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Nasirruddin Yazid

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Dua anggota polis dan dua pembantu penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) antara lima lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan meminta dan memperoleh rasuah berjumlah RM4,600, antara 2012 dan tahun lalu.

Lans Koperal Muhammad Nazruldin Chee Chau Vui, 34, Sarjan Shaharuddin Abdul Shukor, 54, dan dua kakitangan DBKL terbabit iaitu Mohd. Nasir Danuri, 45, Mohamad Rezuan Chan, 41, serta bekas pembantu penguat kuasa DBKL, Ja'affar Ibrahim, 57, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan masing-masing.

Shaharuddin dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul didakwa memperoleh RM300 daripada peniaga, Harcharanjit Singh Ranjit Singh, 50, sebagai dorongan untuk memastikan siasatan dijalankan bagi laporan polis yang dibuatnya berkaitan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabatnya di bilik Penolong Pegawai Penyiasat, Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Sentul, di sini kira-kira pukul 12.45 tengah hari, 1 November 2013.

Tertuduh juga didakwa atas tuduhan pilihan melakukan perbuatan serupa terhadap mangsa yang sama di restoran makanan segera McDonald's, No. 1 &2, Jalan 54, Desa Jaya, Kepong, di sini, kira-kira pukul 10.50 pagi, 3 November tahun lalu.

Muhammad Nazruldin dari Cawangan Peronda, Bahagian Ketenteraman Awam, IPD Cheras pula didakwa atas pertuduhan bersetuju menerima rasuah RM800 daripada Lanny Ong Boon Hsien, 32, sebagai dorongan bagi melindungi kegiatan penyeludupan minyak diesel bersubsidi secara haram.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya di McDonald's Taman Connaught, Lot 18113, Jalan Cendekiawan, Petaling di sini kira-kira pukul 6.45 petang, 4 Jun 2013.

Sementara Mohd. Nasir, Mohamad Rezuan dan Ja'affar didakwa atas dua pertuduhan iaitu dengan niat bersama meminta RM2,000 dan RM500 daripada pemilik restoran Suria Teh Tarik, Chew Hian Tat sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap premis tersebut kerana tidak memiliki lesen yang sah.

Perbuatan itu didakwa dilakukan mereka di restoran itu di No. 6, Jalan Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2), Batu 4, Lot 4,868, Ampang, di sini kira-kira pukul 1 petang, 22 Oktober 2012.

Mohd. Nasir dan Mohamad Rezuan turut didakwa atas niat bersama memperoleh RM1,000 daripada Hian Tat bagi tujuan yang sama, di tempat sama, kira-kira pukul 12 tengah hari, dua hari kemudian.

Pertuduhan terhadap kelima-lima tertuduh itu dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Hakim-hakim Rosbiahanin Arifin dan Allaudeen Ismail masing-masing membenarkan setiap tertuduh diikat jamin antara RM6,000 dan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 13 November, 14 November dan 19 November ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Lokman Kasim manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.