MAHKAMAH
ARKIB : 17/10/2014
Mahkamah batal saman Tengku Muhammad Fakhry terhadap polis
KUALA LUMPUR 17 Okt. - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan saman
adinda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Tengku Muhammad Fakhry Petra terhadap 13 pegawai polis atas dakwaan melakukan kecuaian selain mencabul hak asasi ketika menahan beliau kira-kira empat tahun lalu.
Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md. Arshad memberitahu pemberita, Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membatalkan saman itu setelah Tengku Muhammad Fakhry tidak melantik peguam yang baharu untuk mewakilinya dalam kes itu selepas peguam terdahulunya menarik diri.
Menurut Azizan, saman itu dibatalkan dengan kos RM5,000.
Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 3 Mei tahun lalu, Tengku Muhammad Fakhry mendakwa, pada 7.15 malam, 4 Mei 2010 beliau bersama rombongan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra dan bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid berangkat dari Istana Mahkota ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan untuk ke Singapura. - UTUSAN ONLINE
Felda menang saman
Mahkamah batal saman Tengku Muhammad Fakhry terhadap polis
Dadah: Warga Nigeria dihukum mati
Sebutan semula kes hasutan Rayer 14 Nov. ini
Anggota polis didakwa lagi terima rasuah
Mahkamah tangguh permohonan Surendran
Kena bayar RM1,000 gagal dapatkan visa
Felda menang kes saman terhadap Wan Azizah dan dua lagi
Mahkamah batal saman Tengku Muhammad Fakhry terhadap polis
Rasuah: Anggota polis, pembantu penguat kuasa DBKL didakwa
Koperal hadapi enam tuduhan rasuah
Pengurusan kes pesta bogel pada 21 Nov.
Saksi tolak andaian orang awam jadi benteng
Rayuan calon Pas ditolak
Mahkamah tetapkan 21 Nov pengurusan kes empat individu berbogel
Lima individu termasuk 2 anggota polis didakwa terima rasuah RM4,600
Penganggur dituduh bunuh teman wanita
Komander platun PGA tahu tentang pencerobohan
Rasuah: 10 penguat kuasa dituduh di mahkamah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












