saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 18/10/2014

Mahkamah batal saman Tengku Muhammad Fakhry terhadap polis

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Kegagalan adinda Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra (gambar) dan juga peguam baharunya untuk hadir ke Mahkamah Tinggi di sini, telah menyebabkan kes saman beliau terhadap pihak polis atas dakwaan melakukan kecuaian ketika menahannya empat tahun lalu, dibatalkan hari ini.

Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md. Arshad memberitahu pemberita, keputusan itu dibuat oleh mahkamah setelah beliau memohon tuntutan Tengku Muhammad Fakhry itu dibatalkan dengan kos RM5,000 setelah dimaklumkan status kes itu semasa pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Nor Bee Ariffin.

Menurut Azizan, mahkamah membenarkan pembatalan itu dengan kebebasan memfailkan semula tuntutan tersebut.

Peguam Kanan Persekutuan, Andi Razalijaya A. Dadi pula memaklumkan, pihaknya difahamkan, peguam Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir yang sebelum ini mewakili Tengku Muhammad Fakhry telah menyerahkan notis penarikan diri bertarikh 17 September lalu kepada adinda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V itu.

Ketika ditemui oleh pihak media pada 18 Ogos lalu, Nizam Bashir memaklumkan pihaknya akan memfailkan permohonan untuk menarik diri daripada mewakili Tengku Muhammad Fakhry tanpa memberikan sebarang alasan.

Dalam saman yang difailkan pada 3 Mei tahun lalu, Tengku Muhammad Fakhry selaku plaintif menamakan 13 pegawai polis, Ketua Polis Negara pada ketika itu Tan Sri Musa Hassan dan kerajaan sebagai defendan pertama hingga defendan ke-15.

Kesemua pihak defendan diwakili oleh Azizan dan Andi Razalijaya.

Menurut penyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, pihak defendan telah menangkapnya secara salah pada pukul 7.15 malam, 4 Mei 2010, ketika beliau berada di dalam kereta di pintu pagar utama Istana Mahkota menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Baharu, Kelantan untuk berangkat ke Singapura.

Plaintif berkata, beliau yang ketika itu bersama-sama rombongan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra dan bonda, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid telah ditahan oleh 30 hingga 40 individu bertopeng dan bersenjata api sambil menjerit-jerit dan mengarahkannya menyerah diri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:29
Asar 4:46
Maghrib 7:29
Isyak 8:39



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.