saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 18/10/2014

Anggota polis didakwa lagi terima rasuah

SHAH ALAM 17 Okt. - Jika semalam, seorang anggota polis berpangkat sarjan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menerima ra­suah, hari ini dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan sama.

Shaharuddin Abdul Shukor, 54, yang bertugas di Unit Keganasan Rumah Tangga, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, didakwa menerima wang suapan RM300 daripada peniaga, Harcharanjit Singh Ranjit Singh, 50, kira-kira pukul 10.50 pagi, 3 November 2013 di McDonald's Kepong, No. 1 & 2, Jalan 54, Desa Jaya dekat sini.

Wang suapan RM300 itu didakwa diberikan oleh Harcharanjit sebagai dorongan untuk memastikan bahawa laporan yang dibuat oleh peniaga terbabit berkaitan kes di bawah Seksyen 506 Kanun Ke­seksaan disiasat oleh pihak polis.

Shaharuddin didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mana lebih tinggi.

Lelaki tersebut turut didakwa atas tuduhan pilihan menerima barangan berharga iaitu wang tunai RM300 pada masa, tarikh dan tempat serta individu yang sama bagi tujuan serupa.

Bagi tuduhan pilihan, dakwaan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Shaharuddin yang tidak diwa­kili peguam bela mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Lokman Kasim yang mengendalikan pendakwaan memohon kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi dibicarakan bersama-sama pertuduhan yang dibuat semalam dan meminta mahkamah mengguna pakai jumlah jaminan yang sama.

Hakim Datuk Noradidah Ahmad membenarkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan jumlah jaminan sama turut diguna pakai bagi kes hari ini.

Kes itu akan disebut semula pada 13 November ini.

Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, Sahaharuddin mengaku tidak bersalah memperoleh suapan RM300 daripada Harcharanjit sebagai dorongan untuk melakukan perkara yang sama di bilik Penolong Pegawai Penyiasat tempatnya bertugas antara pukul 12.45 tengah hari dan 7 malam, 1 November 2013.

Anggota polis itu juga didakwa terhadap pertuduhan pilihan menerima RM300 tanpa sebarang balasan daripada Harcharanjit yang diketahui ada kaitan de­ngan tugas rasminya berhubung laporan polis dibuat peniaga itu di tempat dan masa yang sama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.