saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 18/06/2012

D4 kamera untuk aktiviti lasak

SEJAK model baru kamera Nikon D4 dilancarkan Januari lalu, ia semakin mendapat tempat di kalangan jurugambar profesional terutama mereka yang aktif dengan tugasan lasak.

Model baru itu menawarkan sesuatu yang istimewa kepada jurugambar yang sentiasa berhadapan dengan keadaan tidak menentu liputan sukan, bencana alam, krisis dan pelbagai lagi.

Dengan kelajuan merakamkan gambar 11 bingkai sesaat, dilengkapi dengan sensor imej bingkai penuh (36.0 x 23.9 mm CMOS sensor FX) serta saiz imej sehingga 16.2 megapiksel, menjadikan D4 antara kamera tercanggih yang dihasilkan setakat ini.

Selain itu, D4 juga merupakan satu-satunya kamera yang dilengkapi dengan dua ruang kad memori berlainan jenis iaitu Compact Flash (CF) dan kad memori eXperimental Quality Determination (XQD).

Rangkaian baru kad memori XQD oleh syarikat Sony berkelajuan lebih 125 Mb sesaat merekodkan imej data menyokong spesifikasi untuk kelajuan tinggi dan amat berprestij untuk rakaman imej digital.

Ia boleh merakam sehingga kira-kira 100 bingkai gambar pada format RAW dalam mod pengambaran berterusan.

Kad memori XQD berkeupayaan melindungi data dan imej pengguna dengan kelajuan tinggi.

Sabba itu, D4 menggunakan kad memori tersebut bagi memenuhi cita rasa jurugambar profesional yang sentiasa mahukan imej berkualiti tinggi dan bersaiz besar pada tahap kecepatan yang maksimum.

Selain itu, D4 juga mempunyai tahap kawalan gambar dalam bentuk High Dynamic Range (HDR), Standard, Neutral, Vivid, Monochrome, potret dan landskap.

Kawalan juga boleh dilakukan mengikut kehendak jurugambar dan boleh disimpan dalam memori kamera.

Kawalan warna gambar juga amat mudah dan dilengkapi dengan sistem penyerapan cahaya (ISO) tinggi iaitu dari ISO 50 (L4) hingga 204800(Hi4).

Ia juga boleh diubah dari kawalan secara manual kepada Auto ISO yang membolehkan kamera berubah mengikut keadaan ketika pengambaran dijalankan.

Dengan kelebihan ISO tinggi, jurugambar dapat menghasilkan gambar bermutu pada tahap piksel tinggi tanpa menggunakan sebarang lampu denyar (speedlight).

Dalam keadaan cahaya minimum sekalipun sudah memadai untuk menghasilkan imej yang baik.

Tambahan pula D4 dilengkapi dengan mod video 1080p Full HD pada tahap 30/25 bingkai sesaat menjadikannya antara kamera serba lengkap.

Penggambaran maksimum mengambil masa 30 minit tanpa henti.

D4 juga direka untuk rakaman audio yang berkualiti dengan mikrofon terbina dalam.

Bagaimanapun, pengguna boleh menggunakan mikrofon luaran untuk memantau dan mengawal audio secara berasingan.

Penunjuk tahap audio membolehkan pengguna memastikan tahap audio dan visual selari untuk mutu pengambaran yang baik.

Kamera ini juga telah dinaik taraf menggunakan enjin pemprosesan imej terkini Expeed 3 yang dioptimumkan khusus untuknya.

Prestasi enjin Expeed 3 yang mampu memproses keseluruhan fungsi kamera secara bersepadu pada kadar masa singkat memberi kepuasan.

Model kamera berkenaan juga difahamkan boleh beroperasi dalam pelbagai keadaan lasak dengan kemasan badan daripada magnesium aloi ringan yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan seperti kejuruteraan penebat haba di sekeliling rangkanya.

Teknologi tinggi Nikon juga telah meningkatkan tahap kawalan melindungi kelembapan invasif, habuk dan gangguan elektromagnetik secara komprehensif.

Monitor LCD di bahagian belakang kamera juga telah dinaik taraf dengan teknologi tahan calar serta dilengkapi mod automatik untuk memudahkan pengguna melihat hasil kerja mereka tanpa gangguan daripada cahaya sekitar.

Pencerahan monitor secara automatik dapat menyesuaikan kecerahan LCD monitor bertukar mengikut keadaan pencahayaan alam sekitar yang diukur oleh sensor cahaya ambien, membolehkan pengesahan imej mudah dilihat di tempat-tempat yang cerah atau redup.

Ia sangat berguna apabila merakamkan video dan pegun.

Badan D4 direka untuk membuat operasi yang santai dalam kedua-dua orientasi mendatar dan menegak terutama pada butang dail arahan yang utama, dail sub-perintah, butang AF-on dan pemilih berbilang.

Begitu juga dengan bahagian pegangan menegak juga lebih selamat dengan tempat genggaman ibu jari yang baru ditambah pada kawasan cengkaman lanjutan untuk jari tersebut.

Direka dengan binaan dalaman fungsi sistem LAN berwayar IEEE802.3u standard (100BASE-TX) untuk sambungan terus ke komputer peribadi atau rangkaian berpusat.

D4 juga tersedia dengan palam bagi sambungan teknologi Wireless Transmitter-5 (WT-5) untuk capaian Internet tanpa wayar (Wi-fi) berkelajuan tinggi bagi menghantar IPTC Data yang boleh ditambah secara automatik kepada imej-imej di dalam kamera.

Walaupun harga jualan mencecah RM22,388 sebuah (badan sahaja) namun bagi mereka yang meminati seni fotografi berkualiti tinggi dan memahami teknologi, harga tersebut bukan halangan untuk memiliki sebuah kamera serba canggih masa kini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.