MEGABAIT
ARKIB : 02/07/2012
Buat si feminin

LEBIH bergaya dan sofistikated, Lumix DMC-GF5 direka semula bersama ciri-ciri yang lebih dinamik, ringan dan memiliki genggaman bergetah bagi memudahkan penguna mengendalikannya.
Mempertaruhkan sistem kamera lensa digital yang boleh ditukar ganti, Lumix DMC-GF5 turut berjaya merangkul anugerah terbaik Panasonic bagi Siri G untuk kamera digital.
Diiktiraf kerana kualiti imejnya yang tinggi dan lensa serta badan yang kompak, Panasonic kini mensasarkan pengguna wanita bagi kamera variasi ini.
Menurut Pengarah Urusan Panasonic, Jeff Lee, pihaknya melancarkan kempen yang dikenali sebagai Photonista Panasonic dan L.u.V sebagai promosi model tersebut untuk pengguna wanita.
"L.u.V menggabungkan kamera Lumix DMC-GF5 dan pemproses imej enjin venus untuk memudahkan pengguna wanita menyampaikan pelbagai ekspresi kreatif mereka.
"Ia memiliki ciri auto fokus berkelajuan tinggi terpantas di dunia dengan skrin sesentuh LCD, penapis yang diperbaharui dengan tab kawalan yang kreatif," ujarnya pada majlis pelancaran Lumix DMC-GF5 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambah Jeff, antara lain aplikasi yang menarik adalah ciri panduan situasi yang boleh membimbing pengguna untuk merakam imej bagaikan seorang jurugambar profesional.
"Ini merupakan ciri-ciri nilai tambah untuk peminat fotografi dan ia juga merupakan nilai cadangan yang kita promosi dan tawarkan untuk pasaran pengguna wanita," katanya.
Jeff turut menekankan bahawa fotografi adalah seperti penceritaan yang mana penyampaian gaya cerita boleh dilakukan melalui GF5 dengan imej artistik dan rekaan yang dipaparkan menerusi kempen Photonista.
Ia juga boleh dilaksanakan menerusi konsep L.u.V di mana ia berkisar tentang teknologi komunikasi dalam bentuk lebih beremosi untuk menarik penguna wanita.
Sementara itu, menurut Pengarah Pemasaran Panasonic Malaysia, Harry Sasaki, pihaknya menjangka Lumix DMC-GF5 dapat menarik perhatian peminat foto terutamanya pengguna wanita untuk mencari sesuatu yang baru berbanding kamera point-and-shoot tradisional.
Lumix DMC-GF5 boleh diperoleh dalam warna hitam, keemasan, coklat, merah dan putih dengan pilihan kit iaitu badan, lensa berkembar 14 milimeter (mm) ditambah dengan lensa standard 14-24 mm pada kadar harga RM2,599.
Asus Nexus 7 mantap
BenQ tampil telefon pintar pertama
Fotografi dalam air
Aksesori kegilaan remaja
Lenovo lancar peranti baharu
Kuasa tahan lama
Cas telefon sambil berjalan
Perakam video baharu Canon
Apple lancar iPhone 6 & iPhone 6 plus
Lenovo
Ahli baharu Butterfly
Xperia T3
Pintar serba lengkap
VIVO Xshot tembusi pasaran tempatan
U9Z1T tawaran terbaharu Ninetology
Tablet dengan fungsi telefon pintar
Rangka Mi4 lebih berkualiti
Galaxy Grand 2 kemasan rona emas
Nokia 630
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












