saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 30/07/2012

Nipis dan responsif

SEIRING perkembangan dunia pengkomputeran moden, banyak syarikat teknologi semakin memberi tumpuan kepada pembangunan produk komputer riba ultra (ultrabook).

Tidak ketinggalan, Acer Malaysia juga ingin melengkapkan rangkaian produk Ultrabook mereka menerusi pengenalan model terbaru Ultrabook Acer Aspire S5.

Direka dengan ciri unik, nipis iaitu hanya 11 milimeter (mm) dan berat 1.2 kilogram (kg), ia dicipta khusus untuk pelaksanaan fungsi hiburan dan tugasan harian secara mudah alih.

Menurut Pengurus Besar Acer & Services Sdn, Bhd., Ricky Tan, selain mempunyai reka bentuk menawan, model berkenaan turut disempurnakan bersama teknologi sempurna.

''Kami percaya ultrabook ini bakal membawa momentum produktiviti unggul kepada pengguna teknologi yang sedang mencari jentera mobiliti terbaik.

''Ini kerana kami di Acer sentiasa komited menjalankan kajian pembangunan produk pengkomputeran pintar dan inovatif,'' katanya pada pelancaran produk itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ultrabook Acer Aspire S5 didatangkan dengan kelebihan respons pantas sekitar 1.5 saat untuk diaktifkan atau dihidupkan semula (resume) menerusi teknologi Acer Green Instant On.

Lebih mengujakan, sebaik dihidupkan, peranti itu hanya mengambil masa 2.5 saat untuk mengesan sambungan Internet secara automatik bagi proses mengemaskini laman web dan e-mel.

Sesuatu yang baru diperkenalkan Acer melalui model ini adalah pelancar MagicFlip pada bahagian belakang peranti di mana ia boleh dikeluarkan untuk membuka slot-slot input dan output.

Hanya menekan satu butang khas, slot seperti HDMI, USB 3.0, bacaan kad memori serta Ultrafast Thunderbolt akan terbuka dan sedia digunakan.

Bagi teknologi Ultrafast Thunderbolt pula, ia merupakan medium pindahan data pantas dengan keupayaan 20 kali lebih cepat berbanding platform USB 2.0.

Daripada segi binaan, model utama dalam rangkaian Aspire ini hadir dengan reka bentuk ergonomik dan kemasan metaliknya mampu memberi gaya elegan kepada pengguna.

Kelebihan lain model itu, ia tersedia bersama teknologi Acer Instant Connect untuk pengurusan peranti multimedia pelbagai dan Acer Theft Shield Software bagi fungsi sekuriti.

Untuk segala kecemerlangan itu, Ultrabook Acer Aspire S5 kini boleh diperolehi dengan tawaran harga pasaran RM3,499.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.