saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 26/02/2013

Laman sosial jerat artis?

Shila Amzah dan Sharnaz Ahmad selalu kemas kini kisah terbaru tentang hubungan mereka di laman sosial.

LAMAN sosial di Internet seperti Twitter dan Facebook bukan sahaja digunakan oleh orang biasa, malah turut dieksploitasi secara meluas golongan popular seperti artis. Banyak artis misalnya menggunakan laman sosial itu untuk berinteraksi dengan para peminat.

Pada masa sama ada juga artis seperti penyanyi dan pelakon yang menggunakan Twitter dan Facebook untuk berkongsi kegembiraan.

Tanpa segan silu dan secara terbuka laman sosial itu seolah-olah dijadikan medan untuk berkongsi perasaan dengan para peminat mereka.

Cuma yang hairannya ada di kalangan artis yang begitu menyembunyikan cerita-cerita peribadi mereka daripada media bertauliah, khususnya wartawan. Contohnya, soal status seperti sudah bertunang, berkahwin ataupun masih bujang dan juga membabitkan soal perceraian yang sepatutnya tidak perlu dirahsiakan.

Sebaliknya, golongan artis muda hari ini tanpa berfikir panjang seakan-akan begitu ghairah menunjuk-nunjuk kehidupan di belakang tabir sebagai artis kepada ratusan ribu, malah mungkin jutaan peminat di Twitter, Facebook dan terbaru menerusi Instagram.

Bintang Mentor, Black atau Hanifah Md. Hanafiah, 26, pernah berkata dia tidak akan mendedahkan tentang teman wanita yang kini menjadi tunangnya kepada media massa. Namun, pada masa sama gambarnya bersama tunangnya itu telah dimuat turun di Twitternya sejak Disember lalu.

Black yang telah bertunang pada 26 Januari lalu berkata, dia berbuat demikian apabila mendapati sudah bersedia dan sampai masanya untuk berkongsi kegembiraan tersebut dengan semua orang terutama para peminat menerusi laman Twitternya itu yang banyak menyokongnya selama ini.

"Memang betul saya ada kata kepada wartawan tidak akan mendedahkan tentang tunang saya, cuma gambar sahaja. Tetapi selepas bertunang saya anggap gambar yang tersiar di Twitter itu tanda mahu berkongsi rasa kegembiraan itu dengan semua orang," ujarnya.

Dia yang menjelaskan isu itu pada pertemuan selepas pelancaran album Anugerah Juara Lagu 27 di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya kemudiannya secara terus terang telah mendedahkan tentang pertunangannya itu kepada para wartawan selepas ia didedahkan di Twitternya.

Menurut Black dia mengenali tunangnya itu pada November lalu dan selepas dua bulan berkenalan mereka mengikat tali pertunangan selama setahun. Katanya jika tiada aral melintang dia mahu menamatkan zaman bujangnya dengan tunangnya yang berasal dari Pulau Pinang itu Disember ini.

Lebih percaya peminat daripada wartawan?

Ada juga segelintir artis yang bersikap prejudis terhadap wartawan sehingga ada yang sampai tahap menipu apabila ditanya soal status dan hal-hal peribadi yang berkaitan. Mereka seperti tidak percaya dan terlalu berahsia tentang perkara-perkara itu dengan para wartawan.

Sebaliknya, tanpa disedari artis sendiri yang mendedahkan kisah-kisah peribadi mereka termasuklah di Twitter dan Facebook untuk dikongsi dengan para peminat. Selepas perkara itu heboh diperkatakan dan ditanya oleh para wartawan barulah golongan ini mahu memberi penjelasan lanjut.

Bintang Akademi Fantasia 7, Hafiz misalnya begitu berahsia tentang teman wanitanya apabila diajukan perkara itu oleh para wartawan. Tetapi rahsia itu terbongkar apabila dia sendiri memuat turun gambar dengan teman wanitanya itu di laman sosial baru-baru ini.

Anak kelahiran Bumi Kenyalang itu berkata, dia tidak mampu lagi menyembunyikan hubungannya itu daripada para peminat.

Dia mendedahkan perkara itu di laman Twitternya biarpun agak lambat untuk berterus terang dengan para wartawan yang pernah bertanyakan hal tersebut.

"Saya sudah tidak mampu lagi untuk mengelak apabila orang memperkatakan tentang hubungan saya dengan teman wanita saya. Sebelum ini saya memang mahu merahsiakan hubungan itu kerana teman wanita saya kata dia mahu perkara itu sebagai sesuatu yang peribadi buat kami.

"Tetapi lama kelamaan, orang tahu juga termasuklah para wartawan. Saya tiada niat mahu merahsiakannya daripada para wartawan tetapi ia mungkin agak lambat sedikit. Sekarang saya sudah bersedia berterus terang tentang hubungan kami itu," kata penyanyi lagu Awan Nano itu.

Mungkin ada artis yang terlupa bahawa laman sosial mereka bukan sahaja diikuti oleh para peminat tetapi juga pihak media massa dengan aktif.

Justeru apa-apa juga perkembangan yang mereka cuba kongsikan di laman sosial itu sekali gus turut akan diketahui juga oleh para wartawan.

Secara dasarnya ada artis yang beranggapan mereka lebih mudah untuk berkongsi perasaan dan pengalaman dengan para peminat di laman-laman sosial yang selalu menyokong mereka. Namun, tanpa disedari adakalanya mereka tidak mampu untuk melayani para peminat serentak.

Contohnya, agak sukar bagi seseorang artis itu untuk menjawab satu persatu segala pertanyaan para peminat yang mencecah sehingga ratusan ribu pengikut di Twitter mengenai sesuatu status-status atau gambar-gambar yang dipaparkan oleh mereka di laman sosial tersebut.

Tetapi tentunya pendekatan melalui media massa yang cuma membabitkan beberapa orang wartawan sahaja golongan artis lebih mudah untuk menjelaskan tentang sesuatu perkara termasuklah hal-hal peribadi dengan cara yang lebih mudah, cepat, tepat dan berkesan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.