saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 18/03/2013

Konfigurasi perisian Windows Server 2012

SYARIKAT kami ada membeli perisian Windows Server 2012. Apakah asas konfigurasi yang perlu dilakukan untuk perisian tersebut?

- TUK4, Cyberjaya.

MICROSOFT Windows Server 2012 merupakan perisian sistem pengoperasian rangkaian untuk sesebuah komputer pelayan.

Pertamanya perlu diketahui tujuan perisian tersebut digunakan untuk apa atau sistem apa?

Sebagai contoh, berkemungkinan digunakan untuk perisian pelayan e-mel, pelayan web, pelayan DNS dan sebagainya. Ini penting kerana konfigurasinya akan berkait rapat dengan perkara tersebut.

Walau bagaimana pun, seterusnya akan dibincangkan perkara-perkara asas atau konfigursasi asas yang perlu dilakukan setelah memasang perisian Windows Server 2012.

Kebanyakan konfigurasi tersebut boleh dilakukan pada aplikasi Server Manager dalam Windows Server 2012. Antaranya adalah seperti berikut:

1Penamaan semula komputer pelayan tersebut mengikut kesesuaian fungsi dan organisasi yang terlibat. Ini kerana semasa proses pemasangannya, komputer pelayan ia akan diberi satu nama yang unik secara automatik.

Penamaan semula ini boleh dibuat dengan pergi ke Server Manager > Local Server > Nama_Komputer >System Properties > Changes.

2Gabungkan komputer pelayan tersebut ke dalam domain rangkaian yang sepatutnya.

Ketika membuat penukaran nama komputer pelayan, ada menu lain di bawahnya iaitu Member of. Klik pada Domain, masukan nama domain tersebut dalam kotak kosong yang ada.

3Nyah fungsikan aplikasi Windows Firewall mengikut kesesuaian kerana ada polisi yang memerlukannya dan ada yang tidak memerlukannya.

Penggunaannya untuk jenis rangkaian yang berbeza ada pada ruang konfigurasi Windows Firewall. Perkara tersebut bergantung kepada keperluan komputer pelayan tersebut.

4Pengaktifan aplikasi Remote Desktop. Ia akan memudahkan aktiviti pengurusan komputer pelayan tersebut oleh pihak pentadbir. Pergi ke konfigurasi Server Manager , klik Disabled pada pilihan Remote Desktop. Seterusnya, menu Remote akan dipaparkan dan klik pada pilihan Allow Remote Connections To This Computer. Akhir, setkan akaun pengguna yang boleh menggunakan fungsi ini.

5Konfigur alamat IP (Internet Protocol) bagi komputer pelayan tersebut. Pastikan ia mendapat alamat IP yang statik iaitu kekal nombor alamat IP-nya.

6Konfigurasikan aplikasi Windows Update. Klik pada Not configured pada pilihan Windows Update dalam Server Manager. Setkan ia automatik mengikut keperluan penggunaannya.

7Nyah aktifkan menu Enhanced Security dalam aplikasi Internet Explorer. Fungsi ini membuatkan pihak pentadbir tidak boleh melayari web menerusi komputer pelayan tersebut.

8Konfigur zon masa yang sesuai bagi komputer pelayan tersebut dengan menggunakan aplikasi Date and Time.

9Pemasangan perisian antimalware.

10Pastikan komputer pelayan tersebut berstatus baik atau enlightened sekiranya ia dipasang secara maya.

Pastikan aplikasi-aplikasi yang berkaitan dengan persekitaran maya bagi Windows Server 2012 dipasangkan seperti Hyper-V Tools, VMWare Tools dan lain-lain.

Demikianlah, beberapa perkara asas dalam mengkonfigur perisian Windows Server 2012 yang baru dipasangkan pada komputer pelayan.

Namun begitu, konfigurasi juga perlu dilihat pada tujuan penggunaan perisian Windows Server 2012 itu seperti sebagai sistem makumat, pangkalan data, pelayan e-mel, pelayan DNS, pelayan web dan sebagainya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.