MEGABAIT
ARKIB : 06/05/2013
Samsung DV150F pintar dan canggih
Disuntik dengan teknologi SMART Camera 2.0, Samsung kini kembali memperkenalkan barisan kamera pintar pada tahap yang lebih tinggi.
DV150F, merupakan kamera baru diperkenalkan Samsung berdasarkan kejayaan teknologi dua paparan pada kamera DV300F sebelumnya.
Menerusi teknologi SMART Camera 2.0, Samsung mempertaruhkan kelebihan sambungan WiFi yang terbaik serta aplikasi AutoShare yang mana membuka ruang yang lebih luas dalam konsep dunia sambungan.
Kelebihan tersebut membolehkan pengguna boleh memuat naik gambar yang dirakam terus kepada telefon pintar menerusi WiFi.
Tujuan teknologi tersebut dicipta adalah bagi memenuhi keperluan pengguna yang memiliki gaya hidup yang terkini dan sering kesuntukan masa.
Apabila di 'set'kan, program tersebut akan terus kekal menjadikan pengguna tidak lagi perlu melakukannya berulang-ulang kali (program set up).
Menurut Pengarah Urusan, Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Kwon Jae Hoon, Samsung menawarkan pengalaman merakam serta berkongsi gambar yang terbaik serta tidak dapat dilupakan oleh pelanggan.
"Ini selari dengan idea bahawa dunia fotografi di masa hadapan memiliki jaringan serta sambungan yang lebih pelbagai dan pantas.
"Ia ditambah dengan kelebihan teknologi yang terkini menerusi aplikasi wayarles," katanya.
Menerusi idea 'One Click, Simplify', samsung memperkenalkan kekunci sambungan terus yang mana membolehkan pengguna menyambung WiFi menerusi satu sentuhan sahaja.
Direka dengan idea serta konsep telefon pintar, DV150F sambungan WiFi secara terus dan pantas tersebut membolehkan pengguna menyunting, memuat naik serta berkongsi kepada peranti pintar yang lain dengan lebih pantas.
Di tambah dengan rekaan ala klasik, DV150F merupakan antara kamera yang ideal bagi mereka yang mementingkan gaya serta di samping tidak hasil imej yang berkualiti tinggi.
Asus Nexus 7 mantap
BenQ tampil telefon pintar pertama
Fotografi dalam air
Aksesori kegilaan remaja
Lenovo lancar peranti baharu
Kuasa tahan lama
Cas telefon sambil berjalan
Perakam video baharu Canon
Apple lancar iPhone 6 & iPhone 6 plus
Lenovo
Ahli baharu Butterfly
Xperia T3
Pintar serba lengkap
VIVO Xshot tembusi pasaran tempatan
U9Z1T tawaran terbaharu Ninetology
Tablet dengan fungsi telefon pintar
Rangka Mi4 lebih berkualiti
Galaxy Grand 2 kemasan rona emas
Nokia 630
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












