saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 20/07/2014

Keindahan puncak berapi

KAWASAN pergunungan yang menyajikan pelbagai peluang fotografi.

BAGI kebanyakan orang, gunung berapi bukan suatu tempat yang menarik dan selamat untuk dihampiri. Namun bagi yang ingin menyaksikan keunikan alam semula jadi, pemandangan di puncak gunung berapi menjanjikan kepuasan yang tersendiri.

Lensa panca kali ini berkongsi koleksi gambar pembaca Mingguan Malaysia, Salehuddin Lokman dari Kuantan, Pahang yang berjaya merakam keindahan panorama di beberapa puncak gunung berapi di Indonesia.

Ketaksuban pemuda berusia 33 tahun tersebut terhadap subjek yang agak jarang dirakam oleh jurufoto tempatan itu bermula selepas pendakian Gunung Rinjani yang terletak di Lombok, Indonesia.

Selepas Rinjani, beliau mencabar keberanian dirinya dengan mendaki puncak Merapi yang merupakan salah satu daripada gunung berapi paling aktif di Indonesia.

LETUSAN gunung berapi yang berjaya dirakam di Gunung Semeru.

Dua lagi puncak yang berjaya ditawan Salehudin setakat ini termasuk Merbabu (gunung abu) dan puncak tertinggi Pulau Jawa iaitu Semeru yang berada pada ketinggian 3,676 meter.

Salehudin berkata, pengalaman berada di kawasan pergunungan memberi peluang untuk beliau merakam keindahan alam yang tidak terdapat di kawasan landai.

Ujar beliau, selain merakam kepulan debu yang dihembus keluar daripada perut gunung berapi, pendakian di gunung seperti itu juga menyajikan banyak lokasi menarik seperti sungai dan tasik.

Bagaimanapun beliau memberitahu, pengalaman berada di puncak gunung dalam keadaan yang sangat penat dan ada waktunya dalam cuaca yang terlalu sejuk boleh membantutkan keghairahan untuk keluar merakam gambar.

“Cabaran di puncak sebenarnya boleh menguji sejauh mana kesungguhan kita untuk menghasilkan gambar.

“Kalau semangat tak kuat, kita akan habiskan masa dengan berehat dan tidur,’’ ujarnya yang menceburi bidang fotografi sebagai hobi sejak 2012.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.