saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 21/07/2014

G3 tampil perisian baharu

SELEPAS kejayaan telefon bimbit pintar G2 tahun lalu, LG Electronics (LG) belum menunjukkan tanda-tanda ‘berehat’ daripada dunia teknologi maklumat dengan memperkenalkan G3 yang dilihat mendefinisikan semula maksud keupayaan peranti pintar kepada dunia.

Dibangunkan dengan konsep Simple is the New Smart’ (Ringkas itu Kepintaran Baru), G3 dikuasakan dengan teknologi terbaik untuk memberikan pengguna pengalaman lebih baik.

Menarik mengenai peranti ini, ia dibina dengan skrin berukuran 5.5 inci Quad HD dengan kepadatan 538ppi iaitu empat kali ganda lebih dari HD biasa dan hampir dua kali ganda lebih dari HD penuh.

Dilengkapi kamera berkapasiti 13 megapiksel lengkap dengan penstabil imej optikal (OIS), G3 turut mempunyai fokus automatik jenis Lazer yang mampu merakam gambar secara terperinci dalam masa singkat.

Bagi pengguna yang mengutamakan keselesaan semasa memegang peranti, rekaan Floating Arm yang terdapat pada G3 memberikan pegangan lebih selesa pada sebelah tangan selain masih mengekalkan butang belakang seperti model sebelum ini.

Penutup belakang yang diperbuat daripada logam berkilat turut menjadikannya ringan dan bebas kesan cap jari.

Seiring teknologi sedia ada, G3 turut dilengkapi dengan pembantu pintar Smart Notice yang berfungsi sebagai `pembantu peribadi’ yang mengingatkan pengguna kepada panggilan yang tidak dijawab selain membersihkan fail yang tidak digunakan.

Mod Knock Code pula membolehkan pengguna membuka kata laluan peranti dengan hanya beberapa ketukan di atas skrin untuk mencapai aplikasi tertentu.

Aplikasi ini boleh dipaparkan pada beberapa gaya Knock CodeTM bagi kelancaran aplikasi berlainan seperti kamera, cuaca dan masa.

Pengguna tidak perlu bimbang untuk menyimpan data pada telefon bimbit tersebut kerana aplikasi Content Lock akan menempatkan fail peribadi secara selamat dan tersorok dari penglihatan walaupun berkongsi G3 bersama rakan.

Aplikasi ini akan menghalang previu yang dipaparkan sekaligus menjadikan data yang disimpan dalam memori terbina atau kad mikroSD kekal selamat.

Jika berlaku kecurian, aplikasi Kill Switch membenarkan pemilik G3 untuk mematikan peranti dari jarak jauh supaya data yang disimpan selamat selain turut berkeupayaan melakukan aktiviti format bersih secara automatik dilengkapi dengan pengimbas anti virus untuk lebih selamat.

Tidak ketinggalan, kuasa bateri berkeupayaan 3,000mAh pada peranti boleh dicabut dan ditukar sekali gus menjadikan paparan Quad HD mampu bertahan sepanjang hari.

Paparan antara mukanya pula direka semula dengan rupa minimal selain papan kekunci menggunakan teknologi Smart Keyboard yang mampu mempelajari kebiasaan tabiat menaip pengguna sekaligus menekan perkataan yang ingin ditaip.

Secara logiknya, ia mampu mengurangkan kadar kesalahan menaip sehingga 75 peratus.

Maklumat lanjut boleh layari laman web www.lg.com/my

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.