MEGABAIT
ARKIB : 21/07/2014
Samsung perkenal tablet Super Amoled

MENERUSKAN kesinambungan memperkenalkan peranti yang mengikut arus teknologi, Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd. (SME) tampil melancarkan model tablet terbaharunya baru-baru ini. Galaxy Tab S itu dibina khas dengan teknologi skrin Super Amoled WQXGA beresolusi 2560 x 1600 dengan nisbah kontras 100,000:1.
Model yang dikeluarkan dalam dua saiz iaitu 10.5 inci dan 8.4 inci serta turut didatangkan dengan ciri-ciri komposisi kamera 100 kali lebih baik berbanding LCD biasa selain mempunyai reka bentuk senipis lima keping kad kredit.
Menurut Pengurus Perniagaan, Bahagian Mudah Alih SME, Justin Joo, Tab S mempunyai teknologi penjimatan tenaga yang lebih baik di samping reka bentuknya yang nipis dan ringan sekaligus memudahkan pengguna membawanya ke mana saja seperti telefon pintar.
"Dengan ukuran ketebalan 6.6 milimeter (mm) atau setebal lima kali ganda kad kredit, peranti seberat 465 gram bagi model 10.5 inci dan 294 gram bagi 8.4 inci itu turut mempunyai pengimbas cap jari bagi tujuan keselamatan.
"Dikuasakan sistem operasi Android 4.4 (Kitkat) serta disokong oleh pemproses Exynos 5 Octa, kedua-dua tablet ini menampung sambungan evolusi jangka panjang (LTE) 4G," katanya pada majlis memperkenalkan Galaxy Tab S di ibu negara baru-baru ini.
Menyediakan dua pilihan warna iaitu gangsa titanium dan putih, kedua-duanya boleh didapati dengan storan 16 giga bait (GB) atau 32 GB serta pilihan rangkaian Wi-Fi sahaja atau Wi-Fi bersama LTE.
Bercakap mengenai penggunaan skrin Super Amoled, tidak dinafikan rangkaian Tab S mampu menghasilkan paparan lebih jelas.
Dengan kelebihan yang ada, tidak mustahil segelintir pengguna mempertikaikan kadar ketahanan bateri yang ditanggung kerana bagi pengguna tegar jenama Samsung akan sedia maklum, teknologi tersebut memendekkan hayat bateri.
Namun bateri Tab S dapat bertahan kira-kira 11 jam kerana penggunaan Super Amoled yang tidak memerlukan cahaya belakang selain mod Ultra-Power Saving yang dimilikinya mampu berfungsi dengan baik.
Pelarasan skrin juga berubah secara automatik berdasarkan aplikasi yang diguna serta keadaan pencahayaan sekeliling.
Dipasarkan pada harga RM1,999 bagi 10.5 inci dan RM1,699 bagi saiz 8.4 inci, kedua-dua tablet kini telah berada di pasaran menerusi pengedar sah yang berdaftar.
Bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut mengenai Galaxy Tab S boleh layari laman web www.samsung.com/my atau laman sosial Facebook www.facebook com/samsungmobilemalaysia
Asus Nexus 7 mantap
BenQ tampil telefon pintar pertama
Fotografi dalam air
Aksesori kegilaan remaja
Lenovo lancar peranti baharu
Kuasa tahan lama
Cas telefon sambil berjalan
Perakam video baharu Canon
Apple lancar iPhone 6 & iPhone 6 plus
Lenovo
Ahli baharu Butterfly
Xperia T3
Pintar serba lengkap
VIVO Xshot tembusi pasaran tempatan
U9Z1T tawaran terbaharu Ninetology
Tablet dengan fungsi telefon pintar
Rangka Mi4 lebih berkualiti
Galaxy Grand 2 kemasan rona emas
Nokia 630
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












