saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 02/08/2014

iOS8 evolusi baharu iPhone

PELANCARAN sistem operasi baru (OS) iOS8 pasti memberikan kelegaan kepada 500 juta pengguna iPhone di seluruh dunia yang mengandungi ciri-ciri baharu lebih baik berbanding dengan versi sebelum ini.

Antara ciri baharu yang mencuri tumpuan pengguna setia iPhone adalah fungsi 'Notification Center' yang bertindak lebih interaktif apabila mana-mana maklum balas seperti menjawab mesej boleh dilakukan terus daripadanya seperti yang dimiliki Android.

Menariknya, iOS8 juga menawarkan satu lagi paparan 'contact' sebagai tambahan kepada skrin 'multitask' yang dimiliki iOS7 dengan hanya menyentuh skrin dua kali sahaja.

Selain itu, tetapan emel turut disuntik dengan fungsi baharu yang mana para pengguna boleh membuang emel sedia ada atau meletakkan tanda 'flag' dengan hanya satu sentuhan jari.

Manakala, ciri 'Spotlight' pula, ia ditambah dengan fungsi carian aplikasi berita, lokasi menarik dan lagu dalam iTunes.

Bukan itu sahaja, penguji juga lega apabila Apple akhirnya menyediakan papan kekunci jenis Quicktype yang merupakan fungsi tradisional pilihan pengguna untuk menaip sama seperti SwiftKey yang dimiliki pada platform Android.

Seterusnya, fungsi iMessages yang kerap digunakan juga kini boleh memungkinkan anda mencipta kumpulan dengan memberikan nama khas seperti yang ditawarkan aplikasi Whatsapp. Fungsi yang dimiliki iMessages ini juga membolehkan anda menghantar teks, berkongsi lokasi, video dan audio.

Jika dilihat dari aspek perkongsian, iOS8 membolehkan anda berkongsi aplikasi yang sedang dimiliki selepas mendapatkan kebenaran daripada pemilik akaun utama.

Sementara itu, fungsi iCloud pula membolehkan foto yang disimpan dalam iPhoto untuk disunting serta dilihat pada peranti lain secara automatik sekiranya pemiliknya juga menggunakan fungsi sama.

Evolusi terakhir sekali yang ditawarkan iOS8 kali ini adalah kemajuan aplikasi berasaskan suara. Apa tidaknya, anda boleh bercakap terus tanpa menekan sebarang butang sama seperti mengaktifkan 'Ok Google' di Android. - DHIYA'ZULHILMI DAUD

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.