saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 11/08/2014

Nokia 630

MELIHAT trend terkini dunia telefon pintar, rata-rata syarikat pengeluar telah menaik taraf atau memperkenalkan peranti yang mampu menampung keupayaan dua kad sim.

Justeru tidak mahu ketinggalan, Nokia turut memperkenalkan telefon bimbit pintar menerusi keluarga Lumia dengan keupayaan sokongan tersebut.

Menjadi model Lumia pertama yang memiliki keupayaan tersebut, telefon bimbit pintar yang dikenali sebagai Lumia 630 dikuasakan oleh pemproses Windows Phone 8.1.

Dikuasakan oleh pemprosesan quadcore dengan skrin LCD ClearBlack Gorilla Glass 3 bersaiz 4.5 inci, Lumia 630 Dual Sim membolehkan penukaran antara dua sim kad dilakukan dengan mudah.

Disamping itu, peranti ini disokong oleh pemproses quadcore Snapdragon yang turut menawarkan pengalaman sosial pantas menerusi aplikasi Word Flow, Internet Explorer serta aplikasi sosial seperti WhatsApp, WeChat dan Instagram.

Ciri-ciri tersebut sekali gus memudahkan pengguna mengasingkan panggilan dan mesej mengikut keperluan mereka.

Mengenai reka bentuknya pula, Lumia 630 tampil menarik dengan reka bentuk polikarbonat matte dengan pelindung boleh ditukar mengikut pilihan warna seperti jingga, kuning, hitam dan putih.

Bagi pengguna yang gemar menyimpan gambar dan video, mereka tidak perlu khuatir dengan kapasiti perani kerana ia mampu menampung sehingga 128 giga bait (GB) dengan menggunakan kad USD.

Disamping itu juga Lumia 630 turut menawarkan permainan video dengan Xbox beserta aplikasi Storyteller dengan ciri diintegrasikan seperti notifikasi mudah dibuka menerusi Action Centre.

Padat dengan ciri Microsoft Enterprise seperti Microsoft Office, OneDrive, Camera, HERE Maps dan Drive+, peranti ini dilihat memenuhi segala keperluan pengguna masa kini.

Telah berada di pasaran sejak Mei lalu, Lumia 630 dijual pada harga pasaran RM549.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web www.nokia.com.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.