saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 31/08/2014

VIVO Xshot tembusi pasaran tempatan

Kini pasaran telefon pintar di negara ini dibanjiri dengan pelbagai jenama dan model seperti Samsung, Sony, Lenovo dan Apple.

Baru-baru ini kita dihidangkan pula dengan jenama telefon pintar dari China seperti Huawei, Oppo dan terkini Vivo.

Bagi mereka yang mahu mendapatkan telefon pintar dengan spesifikasi setanding dengan jenama popular tetapi harga lebih murah, telefon pintar buatan China ialah jawapannya.

Tahun ini satu lagi syarikat pengeluar telefon pintar dari China iaitu Vivo sedang memasuki pasaran Malaysia dengan memperkenalkan model terkini iaitu Vivo Xshot.

Walaupun jenama Vivo masih asing di sini tetapi telah mendapat perhatian daripada pengguna di China dan beberapa negara lain dengan dua juta unit telefon pintar dijual setiap bulan.

Berbanding dengan jenama China yang lain, Vivo memberikan penekanan terhadap kualiti dan tidak terlibat dengan perang harga yang berlaku dalam kalangan jenama yang lain.

Vivo Xshot yang baru diperkenalkan bulan ini dilengkapi dengan 2.3GHz Quad Core Qualcomm Snapdragon 801 SoC dengan memori 2GB RAM bagi memastikan prestasi telefon pintar sentiasa berada pada tahap terbaik.

Walaupun Xshot dilengkapi dengan kapasiti pengstoran sebesar 16GB, ia mampu dipertingkatkan sehingga 128GB menggunakan MicroSD expansion.

Dengan LCD Gorilla berdefinisi tinggi 1920x1080 piksel (1080p) bersaiz 5.2 inci dan bentuk melengkung, memberikan lebih keselesaan semasa memegangnya.

Keupayaan sebenar Xshot adalah pada fungsi kameranya - antara yang terbaik dalam pasaran telefon pintar masa kini.

Kamera 13 megapiksel mungkin biasa dalam beberapa telefon pintar lain tetapi kehebatan Xshot terletak pada lensa dengan pembukaan aperture f/1.8 serta penstabilan imej optikal (OIS) yang mampu menghasilkan gambar yang lebih cantik dan sempurna khusus bagi mereka yang gemar bidang fotografi.

Bagi memastikan pencahayaan yang baik, Xshot turut dilengkapi dengan flash LED dual tona seperti yang terdapat pada iPhone5S dan HTC One.

Dilengkapi dengan pelbagai mode bina dalam seperti Bokeh, Children dan Night, memberikan pengalaman merakam gambar menggunakan Xshot dengan lebih mudah dan menyeronokkan.

Bagi penggemar ‘selfie’ atau ‘wefie’, Xshot tidak mengecewakan, dengan aperture f/2.4 kamera depan Xshot mampu menghasilkan gambar lebih cantik.

Xshot juga dikatakan boleh merakam video pada kualiti 4K iaitu definisi yang cukup tinggi bagi sebuah telefon pintar.

Dari sudut audio, Xshot masih mengekalkan ciri unik, iaitu kualiti bunyi HiFi serta dilengkapi dengan cip Texas Instrument TLV320 ADC, amplifier fon kepala Maxim MAX97220 dan Cirrus CS4398 DAC, menggambarkan Vivo tidak pernah berkompromi dalam memberikan sistem audio yang cukup berkuasa bagi setiap model telefon pintarnya.

Sistem operasi Xshot menggunakan platform Android 4.2 dengan menggunakan Funtouch versi 1.2, bagi memastikan sistem yang lebih lancar, mudah diurus dan berwarna-warni.

Dengan konfigurasi yang cukup canggih, Xshot adalah pilihan yang sesuai bagi pengguna yang inginkan telefon pintar yang mampu menghasilkan gambar dan video berkualiti tinggi tanpa mengorbankan fungsi penting dalam sesebuah telefon bimbit.

Dengan harga sekitar RM1,599 ia pasti memberikan lebih pilihan kepada pengguna telefon pintar negara ini.

Maklumat lanjut tentang Vivo Xshot dan model vivo yang lain boleh diperolehi di laman web rasmi vivo: www.vivo.my atau Facebook, www.facebook.com/vivoMobileMalaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.