saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 01/09/2014

Xperia T3

SONY Mobile Communications (Sony Mobile) baru-baru ini telah memperkenalkan satu lagi ahli keluarga Xperia yang direka secara eksklusif kepada pengguna yang inginkan sesuatu yang lain daripada biasa.

Diperkenalkan sebagai Xperia T3, telefon bimbit pintar terbaharu ini diperkemaskan dengan rangka keluli tahan karat dan bentuk fizikalnya juga lebih nipis berbanding model sebelumnya dengan ukuran paparan 5.3 inci.

Hanya seberat 143 gram serta mudah dipegang dan selesa bagi genggaman tangan, peranti ini turut diperhebatkan dengan teknologi terbaharu Sony menerusi paparan definisi tinggi (HD) yang jelas dan tajam.

Menampilkan paparan berteknologi Triluminos serta Mobile Bravia Engine 2, Xperia T3 sesuai bagi mereka yang ‘gila’ bergambar dengan perincian aplikasi pada kamera untuk mengoptimumkan perkongsian secara sosial.

Dikuasakan oleh pemproses empat teras 1.4 giga herz (GHz) serta sistem operasi Android 4.4 Kit Kat, ahli Xperia baharu ini turut menyokong liputan rangkaian evolusi jangka panjang (LTE).

Diperkemaskan dengan kamera utama berkapasiti lapan megapiksel (MP), kuasa bateri sebanyak 2,500 mAh mampu menyokong aktiviti bergambar dan dengan mengaktifkan mod battery stamina, pengguna boleh menikmati pengalaman hiburan lebih lama.

Mula berada di pasaran tempatan dengan harga pengenalan RM1,399, Xperia T3 kini boleh didapati di semua pengedar sah Sony dengan pilihan tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan ungu.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web www.sonymobile.com

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.