saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 01/09/2014

Pintar serba lengkap

TIDAK mahu ketinggalan dalam memperkenalkan peranti bagi padanan aktiviti harian pengguna, Acer Malaysia tampil dengan rangkaian notebook yang membantu mereka berhubung sekali gus menjadikan teknologi lebih mudah dicapai di mana sahaja, tidak mengira masa.

Mempertaruhkan notebook pintar dua dalam satu yang fleksibel iaitu Aspire Switch 10, Acer turut memperlihatkan beberapa model tablet mudah alih seperti Iconia, rangkaian Aspire E serta Aspire All-In-One (AIO) baharu yang menawarkan kelangsungan lebih baik antara pengguna dan dunia sekeliling mereka.

Kesemua portfolio baharu diperkenalkan itu menawarkan prestasi dan fleksibiliti pada harga yang berpatutan untuk membantu pengguna berhubung dengan hanya satu sentuhan.

Menurut Pengurus Besar Perkhidmatan dan Jualan Acer Sdn. Bhd., Ricky Tan, syarikat tersebut memahami keperluan pengguna masa kini sekaligus menawarkan produk yang membantu mereka menikmati pengalaman menggunakan komputer secara optimum.

“Menerusi pengenalan kepada rangkaian notebook dan tablet kali ini, pengguna mampu mengakses maklumat tidak kira di mana sahaja tanpa menghiraukan keterbatasan masa.

“Dilengkapi dengan teknologi Intel serta dikuasakan oleh Windows 8, sudah pasti rangkaian baharu ini mempu memenuhi keperluan aktiviti mereka," katanya ketika majlis pelancaran rangkaian notebook dan tablet Acer di ibu negara baru-baru ini.

Notebook dan tablet dua dalam satu Aspire Switch 10 digabungkan menjadi satu peranti yang fleksibel serta mampu ditukar kepada empat mod iaitu sentuhan, menaip, menonton dan berkongsi.

Hadir bersama reka bentuk Snap Hinge, ia merupakan magnetik yang mampu ditanggalkan bagi memudahkan transisi antara kesemua mod tersebut.

Selain itu ia turut melibatkan cantuman papan kunci tanpa selak serta kemampuan storan tambahan pilihan.

Paparannya yang bersaiz 10 inci turut didatangkan dengan teknologi IPS hasil teknologi Zero Air Gap yang menawarkan sudut tontonan sehingga 178 darjah.

Disamping itu, teknologi LumiFlex yang dibina membantu dalam mengoptimumkan pandangan skrin ketika menggunakan Aspire Switch 10 di luar rumah.

Bagi Iconia One 7 pula, peranti ini merupakan tablet yang dikuasakan oleh pemproses Intel Atom dwifungsi (dual-core) bersama paparan definisi tinggi (HD) bersudut luas dengan teknologi IPS.

Dengan rekaan yang nipis serta jangka hayat bateri yang mampu bertahan lebih 40 peratus berbanding model sebelum ini, tablet ini merupakan peranti terbaik untuk pengguna yang mahu menikmati hiburan dengan rekaan penuh gaya menerusi pilihan warna menarik.

Iconia A1-830 yang bersaiz 7.9 pula dikuasakan oleh pemproses Intel Atom 1.6 GHz bersama teknologi Hyper Threading. Ia membolehkan penerapan grafik lebih lancar di atas paparan IPS menerusi sudut tontonan luas.

Hanya berukuran 8.15 milimeter, dua unit pembesar suaranya pula mampu menawarkan pengalaman audio memuaskan.

Hadir dengan pelbagai pilihan warna baagi menyerlahkan personaliti penggunanya, Aspire ES-511 merupakan ahli rangkaian E yang ditawarkan pada harga berpatutan.

Berukuran 15.6 inci serta jangka hayat bateri yang mampu bertahan selama tujuh jam, notebook yang dilengkapi dengan Windows 8.1 ini mampu mengoptimumkan produktiviti serta infotainmen menerusi pemproses dwifungsi Intel.

Bagi siri AIO, rangkaiannya menawarkan sudut tontonan luas dan jelas disamping rekaannya secara ideal untuk disesuaikan dengan gaya hidup pengguna yang mementingkan ruang pandang.

Aspire U5-620 dilihat sesuai untuk pengguna yang mementingkan reka bentuk premium dan prestasi pada sebuah komputer peribadi selain mampu bertindak sebagai hub hiburan digital dalam kediaman.

Aspire Z3-615 pula menawarkan skrin lebih besar pada harga mampu milik tanpa berkompromi dari segi kegunaannya .

ZC-606 yang berukuran 19.5 inci merupakan sebuah AIO nipis yang memberikan pengalaman visual serta hiburan yang maksimum.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web www.facebook.com/AcerMalaysia atau www.acer.com.my atau mengubungi Acer Product Infoline di talian 1800-88-1288.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.