saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 08/09/2014

Ahli baharu Butterfly

PENERAJU inovasi dan rekaan antarabangsa, HTC baru-baru ini memperhebatkan rangkaiannya dengan memperkenalkan satu lagi peranti terbaharu generasi ketiga yang dilihat mampu menyaingi telefon bimbit pintar sedia ada di pasaran.

Telefon pintar tersebut diperkenalkan sebagai J Butterfly HTL23 menerusi operator KDDI di Jepun, Butterfly 2 bagi Chunghwa Telecom (Taiwan) dan CSL di Hong Kong dan Asia Selatan.

Gajet pintar yang hadir dengan sokongan kalis air itu, turut diperkemaskan dengan beberapa teknologi yang dipertingkat seperti Sense 6, HTC duo kamera khusus untuk kesempurnaan imej serta sensor motion launch bagi memberikan pengalaman hebat berbanding model sedia ada.

Dengan Smart Sensor Hub yang menyediakan segala keperluan di samping penggunaan motion launch bagi memudahkan aktiviti harian pengguna, teknologi duo kamera sesuai untuk menyampaikan imej kreatif, profesional beserta efek mengagumkan selain kualiti audio diperhebat dengan JBL menerusi set pembesar suara BoomSound.

Turut dilengkapi dengan paparan skrin penuh definisi tinggi (HD) berukuran lima inci, Butterfly 2 dibekalkan dengan kapasiti RAM sebanyak 2 giga bait (GB) di samping pilihan memori simpanan 16GB atau 32GB dengan perluasan kad memori microSD sehingga 128GB.

Diperhebat dengan kamera teknologi HTV Duo berkapasiti 13 mega piksel (MP), sudah pasti sesuai buat penggemar selfie dengan kamera hadapan 5MP selain sambungan disokong oleh rangkaian evolusi jangka panjang (LTE) untuk kelajuan muat naik.

Dikuasakan oleh pemproses terkini Android KitKat 4.4, peranti ini menyediakan bateri berkapasiti 2,700mAh dengan berat fizikal keseluruhan 151 gram bersaiz 145.4 x 70.2 x 9.99 milimeter.

Mengekalkan tiga aplikasi istimewa HTC, Butterfly 2 turut menampilkan ciri Zoe sebagai salah satu mod dalam fungsi gambar yang turut merakam video tiga saat.

Alikasi tersebut menggabungkan beberapa gambar dan video pendek dan kemudian menghasilkan sebuah video lengkap selama 30 saat beserta lagu latar belakang serta beberapa kesan menarik.

Bagi aplikasi BlinkFeed merupakan aliran langsung paparan skrin yang mampu mengubah muka hadapan menjadi lebih peribadi dan relevan seperti kemas kini laman sosial, berita dan imej selain pengguna juga boleh melihat segala maklumat terkini dalam sekali pandang tanpa perlu membuka aplikasi atau laman web berlainan.

Berada di pasaran bermula bulan ini, pengguna boleh membuat pilihan menerusi tiga warna pengenalan iaitu jingga, merah dan putih dan bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web www.htc.com.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:08
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.