saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 22/09/2014

Kuasa tahan lama

Dibina dengan penuh gaya bersama paparan skrin 5.5 inci HD, Huawei sekali lagi mempertaruhkan legasi telefon pintar Ascend.

Ascend G7 kini dilengkapi keupayaan sambungan 4G LTE Cat4 dan kamera setinggi 13 megapiksel menjadikan telefon pintar tersebut amat mengagumkan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Consumer Business Group, Richard Yu pasaran masa kini penuh dengan lambakan telefon pintar yang kelihatan dan terasa hanya seperti plastik.

“Namun kita (Huawei) hadir dengan rekaan logam yang lebih elegan memperlihatkan Ascend G7 amat teguh dan lasak," katanya.

Jelasnya lagi, bersama keupayaan sambungan 4G LTE membolehkan pengguna memiliki akses internet yang terbaik di seluruh dunia.

Hanya senipis 7.6 milimeter (mm) dan seberat 165 gram (g), Ascend G7 dihasilkan daripada teknologi NMT (nano molding ttechnology) yang menghasilkan rekaan logam premium.

Terdapat tiga pilihan warna iaitu perak bulan, kelabu angkasa dan warna keemasan, Ascend G7 kelihatan kemas apabila di dalam genggaman.

Telefon pintar itu dijana oleh pemproses Qualcomm, quad-core 1.2 GHz dan dilengkapi bersama bateri tahan lasak 3000 mAh Li-Polymer membolehkan ia bertahan selama satu hari setengah dengan penggunaan yang maksimum tanpa perlu dicas semula.

Malah, apabila kuasa baterinya hanya tinggal 10 peratus sahaja ia masih mampu bertahan selama 24 jam lagi.

Antara kelebihan lain adalah penggunaan antena pintar yang membolehkan isyarat jaringan sentiasa berada pada tahap maksimum seterusnya dapat mengelakkan panggilan terputus-putus ketika bercakap.

Dilancarkan bersama aplikasi baharu Huawei iaitu EMUI 3.0, Ascend G7 amat mudah digunakan biarpun hanya sebelah tangan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Ascend G7 anda boleh melayari laman web Huawei di www.huawei.com/my.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 6:59
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.