saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 02/10/2014

Aksesori kegilaan remaja

KAN Chee Wee menunjukkan aksesori untuk iPhone 6 keluaran syarikatnya.

AKSESORI telefon bimbit dan telefon pintar sememangnya menjadi kegilaan baharu masyarakat terutamanya remaja. Bagi mereka, aksesori di telefon bimbit melambangkan imej dan gaya trendy remaja masa kini. Jadi tidak hairanlah golongan remaja sanggup berbelanja lebih semata-mata untuk memenuhi tuntutan nurani serta bersaing sesama rakan sebaya.

Menyedari hakikat itu, anak muda, Kan Chee Wee, selaku pengedar aksesori telefon juga tidak mahu ketinggalan untuk melangkah ke hadapan bagi memastikan pelanggannya adalah pemilik pertama bagi setiap aksesori yang baru berada di pasaran.

Sebab itu, walaupun iPhone 6 dan Note 4 belum lagi sampai ke Malaysia, syarikatnya, Harves Distribution yang dimiliki anak muda kelahiran Mentakab, Pahang itu sudah lengkap dengan segala aksesori untuk gajet berkenaan.

Chee Wee yang merupakan pengarah Harves Distribution berkata, setiap hari dia memperuntukkan masa lebih sejam melayari internet bagi mengetahui perkembangan terkini gajet-gajet dipasaran.

“Maklumat-maklumat inilah yang memberi saya idea untuk segera membuat atau mendapatkan aksesori yang diperlukan pelanggan.

“Kalau boleh saya mahu syarikat kami sentiasa berada di hadapan serta di hati pelanggan kerana dapat memenuhi segala permintaan mereka.

“Aksesori telefon bimbit ini bukan saja membantu melindungi malah ia juga fesyen hiasan zaman sekarang. Saya bertuah kerana mendapat memiliki pasukan yang bagus bagi membantu saya," katanya.

Chee Wee memulakan perniagaan tersebut bersama tiga rakan kongsi ketika usianya menginjak 24 tahun. Melihat kepada kerancakan perniagaan itu, dia kemudiannya mengatur langkah bagi membina jenama sendiri iaitu Fav/ve pada tahun 2009 dan E-tric pada tahun 2012.

Namun, untuk berjaya bukannya mudah. Chee Wee juga mengalami jatuh bangun apabila produk yang kali pertama diimport telah mengalami kerugian gara-gara tidak mematuhi piawaian dan kualiti yang dikehendakinya.

Kegagalan demi kegagalan dan persaingan pasaran yang begitu susah membuatkan dia hampir bankrap serta berputus asa.

Namun Chee Wee bertuah kerana isteri dan abangnya sentiasa memberi sokongan dan dorongan menyebabkan dia kembali dengan misi dan strategi baharu bagi bersaing di pasaran.

“Mahu lawan daripada segi harga tak mungkin saya lakukan sebab tumpuan saya ialah menghasilkan produk yang berkualiti serta harga yang berpatutan agar semua orang mampu memiliki produk keluaran syarikat saya.

“Kini tumpuan saya untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat korporat seperti Senheng, Digi, Harvey Norman, Samsung, The One mobile dan banyak lagi. Bukan senang untuk menyakinkan mereka. Sekurang-kurangnya produk kami diuji terlebih dahulu. Setelah yakin barulah mereka sudi bekerjasama dengan kami.

“Pengiktirafan mereka ini secara tidak langsung menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan berjuang. Pengalaman lalu banyak mengajar saya. Kini saya tidak lagi membuat produk berdasarkan apa yang saya suka. Sebaliknya saya kini buat apa yang pembeli inginkan," kata Chee Wee.

Kini pasaran jenama Wee, Fav/ve dan E-tric bukan sahaja dijual di seluruh Malaysia tetapi turut menembusi pasaran Medan, Indonesia.

“Sasaran saya sekarang untuk pasarkan produk ini dinegara-negara ASEAN terlebih dahulu. Jika berpeluang saya ingin lebarkan sayap ke Thailand dan Filipina dalam dua tiga tahun ni.

“Kini saya juga dalam perancangan untuk menghasilkan head set, pembesar suara, arm band dan produk-produk yang berkait dengan telefon pintar. Kini produk terbaharu kami screen protector tampered glass yang anti-Blue Ray yang sudah berada dipasaran.

“Skrin ini bagus kerana ia bukan sebarang kaca. Kaca ini dapat membantu melindungi mata anda dari pancaran blue ray dari skrin telefon pintar," ujar Chee Wee yang tercalon untuk 13th Asia Pacific International Entrepreneur Excellence Award 2014.

Kata Chee Wee, produk keluaran syarikatnya mesra alam dan mereka menggunakan gam yang berkualiti supaya tidak menjejaskan pengguna dan juga pekerja-pekerja yang menghasilkan produk tersebut.

Malah katanya, kaedah pembungkusan juga mesra alam kerana ia boleh di bakar dan dibuang begitu sahaja kerana mudah mereput secara semula jadi.

“Untuk barangan elektrik pula, kami cukup mementingkan keselamatan penguna. Untuk hasilkan power bank, kami gunakan bateri dan bahan yang bagus serta tidak akan meletup walaupun telah dicas berkali-kali.

“Untuk power bank, kami gunakan bateri yang sama digunakan untuk iPhone iaitu lithium polymer. Bahan ini berkualiti dan selamat digunakan berbanding bateri lithium ion.

“Kami juga telah memberi insurans sebanyak RM1 juta untuk melindungi pengguna power bank E-tric jika ada berlaku apa-apa atas mereka ketika menggunakan produk kami.

“Untuk cover telefon bimbit pula, kami gunakan bahan polycarbonate. Bahan ini bagus kerana cover telefon itu tetap cantik walaupun dilipat berbanding produk murah yang covernya diperbuat daripada kertas.

“Jadi saya harap pengguna kita fikirkan keselamatan ketika membeli produk yang diingini. Yang penting ianya selamat digunakan. Duit boleh dicari, nyawa tiada gantinya," katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama fav/ve dan e-tric ini anda boleh layari laman web www.favvecases.com dan facebook iaitu Fav/ve dan E-tric.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:08
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.