saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 11/10/2014

Asus Nexus 7 mantap

TIDAK keterlaluan jika model ini dikatakan 'killer' kepada model yang setaraf dengannya, terutamanya dari segi harga dan kualiti luaran serta dalaman.

Nexus 7 merupakan tablet pertama daripada Google hasil kerjasama dengan Asus. Di Malaysia, Nexus 7 baharu saja dilancarkan pada 21 September lalu dan dijual pada harga RM999 untuk versi 16GB. Nexus 7, antara salah satu tablet yang terbaik dan sesuai digunakan untuk sesiapa yang gemarkan multimedia dan permainan bergrafik tinggi dengan harga yang rendah. Tablet buatan Asus ini akan menjadi pesaing hebat kepada Galaxy Tab, Kindle Fire serta melibatkan pasaran iPad.

Selepas pelancaran Nexus 7, mungkin ramai begitu teruja terhadap harga dan juga keupayaannya menggunakan Quad-Core Processor 1.3 Ghz yang dipadukan oleh Chipset Nvidia Tegra 3 untuk keupayaan grafik yang lebih mengagumkan. Asus dan Google tidak hampakan penggunanya dengan menggunakan sistem operasi (OS) terbaharu Android 4.1 Jelly Bean pada tablet mereka.

Reka bentuk

Untuk reka bentuk Nexus 7, lapisan plastik bercorak bintik seperti bola golf dan satu garisan untuk speaker di belakang Nexus 7, manakala di bahagian hadapannya pula terdapat 1.2 Megapixel kamera untuk Skype dan panggilan video menggunakan WiFi. Di bahagian tepinya pula terdapat butang volume, butang On/Off dan juga port untuk miniUSB, earphone serta dock. Nexus 7 memiliki ketebalan 10.5mm dan seberat 340g.

Spesifikasi

Nexus 7 merupakan salah satu tablet berkeupayaan yang tinggi tetapi memiliki harga yang murah. Untuk minimumkan harganya, Google terpaksa mengeluarkan beberapa fungsi seperti kamera belakang, slot memori untuk memori tambahan dan juga sokongan 3G. Namun, Google telah optimumkan keupayaannya dengan menggunakan Quad-core processor 1.3 Ghz dan dipadankan dengan chipset nVidia Tegra 3 yang amat sesuai untuk permainan yang memerlukan grafik tinggi. Untuk paparan skrin pula, Nexus 7 menggunakan skrin LED dengan resolusi HD 8001280 pixels yang terang dan jelas untuk pengalaman menonton movie HD yang lebih menarik.

Sistem operasi & aplikasi

Nexus 7 merupakan peranti pertama yang menggunakan sistem operasi terbaharu android 4.1 Jelly Bean. Jellly Bean merupakan penambahbaikan dari versi Android ICS. Sebelum ini, Google telah merangka 'Projek Butter' untuk meningkatkan tindak balas sentuhan pada sistem operasinya dan mengoptimumkan paparan skrin untuk berfungsi pada 60 frame sesaat. Hasilnya amat ketara jika dibandingkan dengan Jelly Bean dan ICS untuk kelancarannya. Terbaharu yang turut serta pada Jelly Bean adalah Google Now yang sama fungsinya seperti Siri pada iPhone. Google Now merupakan pembantu peribadi pintar yang mampu memberi jawapan dengan memberi arahan suara.

Kelemahan & kesimpulan

Dengan keupayaan yang ada pada Nexus 7, ia secara tidak langsung menjadikannya antara Tablet pilihan bagi ramai pengguna. Namun ia masih memiliki kekurangan. Antara kekurangan yang selalu dibualkan adalah ia tidak memiliki slot memori tambahan dan tidak menyokong rangkaian 3G. Selain itu, nexus 7 hanya memiliki kamera hadapan untuk panggilan video melalui wifi. Tiada sokongan TV-Out, tetapi Nexus 7 boleh menggunakan Nexus Q Media Streamer yang perlu dibeli untuk menyambung ke TV menggunakan Wifi. Sedikit malang buat kita yang tinggal di Malaysia apabila Google play untuk akses lagu, buku dan filem masih lagi belum terdapat di Malaysia. Di Malaysia, Google Play hanya boleh di akses untuk aplikasi dan permainan sahaja. Kesimpulannya agak jelas mengapa Nexus 7 menjadi salah satu "killer" kepada tablet-tablet 7 inci lain seperti Galaxy Tab dan Kindle Fire. Bukan sekadar harganya yang mampu milik tetapi dengan keupayaan yang setanding dengan tablet-tablet mahal yang lain, disamping menggunakan sistem operasi yang paling baharu. - WWW.MESRAMOBILE.COM

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.