saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 13/10/2014

Galaxy Alpha

Samsung GALAXY Alpha

MENERUSKAN kesinambungan rangkaian Galaxy, Samsung Malaysia Electronics (SME) memperkenalkan ahli baharu bagi rangkaian tersebut dengan menampilkan rekaan sofistikated serta fizikal lebih kompak.

Dinama Galaxy Alpha, peranti yang diperkenalkan untuk pasaran Malaysia itu menampilkan saiz paparan seluas 4.7 inci berdefinisi tinggi (HD) Super AMOLED dengan resolusi 1280 x 720 piksel.

Menurut Presiden SME, Lee Dong Yong, Galaxy Alpha disasarkan kepada pengguna yang mempunyai keperluan telefon pintar khas.

“Berdasarkan rekaan serba baru, Galaxy Alpha difokuskan pada gabungan unik serta fungsi hebat yang direka pada kerangka lebih nipis jika dibandingkan dengan model sebelumnya.

“Dengan hanya 6.7 milimeter, peranti ini merupakan antara peranti yang ternipis pernah dikeluarkan bagi memberi cengkaman serta kawalan maksimum kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataan.

Memberikan pengalaman baharu kepada pengguna, Galaxy Alpha menjanjikan reka bentuk elegan, nipis serta lebih ringan dengan skrin besar dalam masa sama tampak lebih kompak beserta bateri tahan lebih lama.

Selain itu, ahli baharu Galaxy yang hanya berukuran tujuh milimeter turut dilengkapi rangkaian evolosi jangka panjang (LTE) yang mampu mengakses Internet lebih pantas.

Dikuasakan oleh sistem operasi Android 4.4.4 KitKat, kamera utamanya dipertingkat dengan keupayaan sehingga 12 megapiksel.

Telah berada di pasaran dengan harga pengenalan RM1,899, Galaxy Alpha kini mempunyai pilihan warna seperti hitam, putih, emas dan perak.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Galaxy Alpha, boleh layari laman web www.samsung.com/my/ atau laman sosial Facebook www.facebook.com/samsungmobilemalaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.