saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 20/09/2014

Perbahasan muktamar Pas 'kecoh'

Seorang anggota keselamatan Pas merampas mikrofon ketika bantahan daripada Ridzuan Abu Bakar yang tidak berpuas hati kerana perwakilan Wilayah Persekutuan mengunakan medium doa untuk berbahas dan menghentam beberapa pemimpin parti pada Muktamar Tahunan Pas Ke-60 di Batu Pahat, Johor, semalam.

BATU PAHAT 19 Sept. - Hari kedua Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 'kecoh' seketika apabila seorang perwakilan yang menggunakan medium doa untuk membahaskan ucapan dasar presiden turut menyelitkan kecaman ke atas beberapa pemimpin parti itu.

Tindakan Wakil Pas Wilayah Persekutuan, Dr. Azhari Ariffin tersebut menimbulkan kemarahan seorang perwakilan dari Kuala Kedah, Ridzuan Abu Bakar yang meluru ke rostrum untuk menyuarakan bantahannya.

Ridzuan berkata, tindakan menggunakan doa untuk 'menghentam' individu lain yang juga merupakan seorang muslim adalah tidak wajar dan harus dihalang kerana medium itu bukan platform untuk berbuat demikian.

"Saya menggesa Pengerusi Tetap (Datuk Abu Kasim Abdullah) untuk menghalang mana-mana perwakilan yang menggunakan doa untuk tujuan salah.

"Perbuatan sedemikian hanya akan memberi tanggapan salah terhadap agama Islam khususnya kepada pemerhati dan media bukan Islam yang turut mendengar doa itu," katanya sebaik sahaja Dr.Azhari menamatkan ucapanya.

Sebelum itu, Dr. Azhari yang memulakan perbahasan melalui medium doa menyatakan beliau malu dengan situasi dalam Pas kini kerana UMNO dilihat lebih memahami intipati Islam dan kesepakatan dalam parti.

"Selama ini kita mengata UMNO dan semua masalah yang berlaku dalam parti itu, tetapi kini masalah tersebut mula merebak dalam Pas. Ahli dan kepimpinan UMNO kini dilihat lebih patuh, taat dan sepakat berhubung sebarang isu membabitkan pimpinan mereka seperti yang berlaku ketika pertukaran Menteri Besar Terengganu," katanya.

Dalam doanya beliau turut menyatakan sokongan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti serta Majlis Syura Ulama dan menolak tindakan segelintir pimpinan parti serta ahli yang dilihat lebih memihak kepada pimpinan parti rakan dalam pakatan pembangkang.

"Sokongan dan kesetiaan harus diberi kepada tiga individu tertinggi dalam parti iaitu Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalannya, Datuk Dr. Haron Din serta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Tetapi apa dilihat kini wujudnya ijtihad salah, fundamental perjuangan salah, penubuhan Pasma (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) yang tidak seharusnya berlaku serta sidang akhbar yang diadakan di Dewan Perniagaan Cina di Kuala Lumpur baru-baru ini," katanya.

Dr. Azhari mendakwa terdapat pengkhianat dalam Pas seperti yang berlaku di Selangor baru-baru ini iaitu apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu bertindak membelakangi parti dan menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

"Kita perlu menjauhi individu yang berbuat khianat kerana nila setitik akan merosakkan susu sebelanga. Dalam Pas kini terdapat dua titik nila iaitu nila cap Hulu Klang (Saari Sungip) dan nila cap Morib (Hasnul Baharudin)," katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zuhur 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.