saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 06/07/2012

Muzium Warisan Sejarah di Bukit Bius 'menjerat' pandangan pengunjung

Rumah bekas Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga tempat kelahiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak antara gabungan binaan Palladian dari Barat dan tempatan di Bukit Bius, Kuala Lipis.

KUALA LIPIS 5 Julai - Jika anda mengunjungi Bandar Bersejarah Kuala Lipis, jangan lupa singgah di Muzium Warisan Sejarah (MWS) yang terletak di Bukit Bius tidak jauh dari bandar ini.

Bangunan MWS itu asalnya merupakan kediaman Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein yang ketika itu merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Bangunan itu masih kukuh dengan binaan daripada kayu hutan yang bermutu tinggi tetapi diubah suai untuk dijadikan muzium membabitkan kos RM700,000 yang diperuntukkan oleh Majlis Daerah Lipis (MDL) dan Jabatan Muzium Negara.

Mengunjungi MWS Lipis, pelawat dapat menghayati seni bina Melayu Pahang yang diwarisi sejak 500 tahun lalu.

Bentuk berkenaan banyak menyaksikan pertembungan budaya dan pengaruh binaan Minangkabau, Aceh, Bugis, Jawa dan Siam selain mempamer hasil kemahiran tukang rumah tempatan.

Seni bina bangunan MWS yang diklasifikasikan sebagai rumah Pahang dibina bercirikan reka bentuk seni bina Melayu 'Palladian' berbumbung tradisional Melayu.

Sesuai dengan pengaruh ciri arkitek binaan zaman British yang juga pernah menjadikan Kuala Lipis sebagai ibu negeri Pahang pada abad ke-19, ukiran pada pintu dan dinding MWS memaparkan motif Barat.

Motif dan rangka binaan termasuk ruang dalaman boleh dilihat dengan jelas di rumah bekas Setiausaha Kerajaan Negeri di Bukit Bius, daerah Lipis yang dibina pada 1922.

Kediaman itu dilengkapi beberapa buah bilik yang dibina menggunakan kayu hutan bermutu tinggi dan tahan lama tanpa boleh dirosakkan oleh anai-anai dan haiwan pemusnah lain.

Kayu hutan yang dibelah dan dijadikan papan iaitu meranti, merbau, cengal dan beberapa jenis kayu hutan lain mampu menjadikan seni bina bertahan sehingga lebih satu abad.

Dekorasi yang kreatif berunsurkan motif tumbuhan, iaitu daun, bunga, dan haiwan iaitu burung masih boleh dilihat pada rekaan di tingkap, pintu, dinding, bumbung dan rasuk.

Seperti kebiasaan, rumah Melayu Pahang, tagam dibuat untuk mencantum bahagian rasuk dengan tiang, alang, lantai, anak tangga dan kekuda mempamerkan kesenian binaan kediaman tanpa menggunakan sebatang pun paku.

MWS dibuka untuk pelawat sejak tiga tahun lalu, kini menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong luar dari Lembah Kelang pada hujung minggu dan cuti persekolahan.

Muzium berkenaan menempatkan koleksi pakaian tradisional Melayu Pahang, busana perkahwinan, peralatan dapur, senjata lama dan gambar-gambar tokoh politik dan artifak sejarah Kuala Lipis.

Lebih menarik, pameran koleksi keluarga Tun Abdul Razak turut dipamerkan pada galeri yang disediakan oleh MDJ untuk mengangkat tokoh yang memperjuang kemerdekaan, sekali gus dinobatkan sebagai Bapa Pembangunan Negara.

Dekorasi ruang dan warna cat bangunan yang memaparkan mood sejarah dan tradisional Melayu-British 'menjerat' pandangan pengunjung seolah-olah masih hidup pada abad ke-19 dan sebelum merdeka.

MWS dibuka mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari antara destinasi yang menarik terutama bagi pelawat yang mencintai sejarah negara bangsa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.