saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 31/07/2012

Pelbagai juadah di Jalan Stadium

MOHD. Nazar Mohd. Ali, 30, menunjukkan nasi beriani Pakistan bersama ayam goreng berempah di bazar Ramadan Jalan Stadium, Kuantan, kelmarin.

KUANTAN 30 Julai - Kewujudan bazar Ramadan semestinya menjadi satu tradisi setiap kali tibanya bulan puasa dan ia sentiasa dinantikan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira miskin atau kaya.

Ini kerana, ketika inilah para peniaga mempelbagaikan masakan masing-masing, termasuk masakan tradisional setiap negeri atau daerah yang tidak terdapat pada hari biasa.

Maka tidak hairanlah jika bazar ini boleh dijadikan tarikan kepada pengunjung termasuk pelancong asing yang ingin merasai pengalaman berbeza di Malaysia setiap kali menjelang Ramadan.

Memetik kata-kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen, bazar Ramadan memiliki tarikan tersendiri kerana ia memupuk sikap toleransi beragama, perpaduan dan persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Perkara ini dapat dilihat di bazar Ramadan yang mana pengunjungnya bukan terdiri daripada umat Islam sahaja, tetapi masyarakat lain juga.

"Bazar Ramadan secara tidak langsung turut menjadi platform mempromosikan makanan dan minuman rakyat tempatan, khususnya kepada pelancong asing," katanya ketika merasmikan Bazar Ramadan 2012 di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pelbagai juadah ditawarkan dengan kelainan bagi 'memancing' selera pengunjung untuk dijadikan santapan berbuka puasa, antaranya martabak raja, ayam tebu, ayam tempayan, puding raja, nasi beriani, akok, patin lemak tempoyak, ayam percik dan cendol pulut.

Sementara itu, seorang peniaga di bazar Ramadan Jalan Stadium, Kuantan, Ahmad Fakarulrazi Zakaria, 24, berkata, dia memilih menjual ayam tebu yang diadun khas dengan resipi tradisi dan kemudiannya dipanggang dengan menggunakan tebu.

"Tahun ini merupakan kali kedua saya berniaga dengan menggunakan tebu sebagai bahan utama dalam menyediakan ayam tebu ini.

"Daripada diperap, dipanggang dan dicicah semuanya menggunakan tebu," katanya yang menggunakan 800 batang tebu sepanjang bulan puasa.

Tambahnya, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan dia mampu menghabiskan jualan sebanyak 100 ekor ayam sehari yang dijual pada harga RM20 seekor.

Bagi Ahmad Safuan Ismail, 25, dia menawarkan pencuci mulut yang menjadi kebanggaan masyarakat di Pekan iaitu puding raja.

"Puding raja tidak perlu diperkenalkan keenakannya. Ia mengandungi pisang lemak manis salai, jala emas, buah prun, gajus, ceri dan dimakan dengan kuah kastad.

"Selain puding raja, saya turut menjual sum-sum iaitu makanan tradisi nenek yang semakin dilupakan oleh generasi muda," jelasnya.

Tambahnya, sum-sum dihasilkan daripada tepung yang dimasak dengan santan dan dimakan dengan sambal ikan.

Dalam pada itu, bagi pengunjung, Siti Zuraidah Abdullah, 23, yang berasal dari Kemaman, Terengganu, berkata, dia menjadikan bazar Ramadan sebagai pilihan kerana mudah dan banyak pilihan.

"Saya lebih suka membeli juadah di bazar Ramadan kerana lebih mudah dan berbaloi jika dibandingkan dengan memasak yang memerlukan kos tinggi.

"Kalau berkeluarga mungkin boleh berjimat tetapi sebagai orang bujang saya rasa lebih berbaloi jika membeli makanan yang siap dimasak," jelasnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Kuantan, Abd. Razak Kasim berkata, permintaan tapak bazar Ramadan meningkat setiap tahun berikutan sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung.

"Sebagai contoh, 500 permohonan diterima untuk tapak di Jalan Mahkota Square berhampiran Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 tetapi hanya sebahagian yang diterima ekoran kawasan yang terhad.

"Saya lihat penerimaan masyarakat terhadap bazar Ramadan cukup menggalakkan kerana jika dibandingkan pada 1970-an, hanya terdapat lima buah gerai yang berniaga di sini, tetapi kini jumlahnya meningkat berganda-ganda," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.