saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 04/10/2012

Kg. New Zealand naib johan kempen kibar bendera

Mohd. Lazim Mahusin (belakang, kiri) bersama Ahli Jawatankuasa KRT Kampung New Zealand yang muncul naib johan Kempen Merakyatkan Kibaran Jalur Gemilang peringkat negeri Pahang di Maran, baru-baru ini. - UTUSAN/salehudin mat rasad

MARAN 3 Okt. - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung New Zealand di sini mencatat sejarah tersendiri apabila muncul naib johan Kempen Merakyatkan Kibaran Jalur Gemilang peringkat negeri Pahang baru-baru ini.

Pengerusi KRT Kampung New Zealand, Mohd. Lazim Mahusin berkata, program anjuran kerajaan negeri, Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu adalah sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55.

Menurutnya, kejayaan muncul naib johan sangat membanggakan masyarakat kampung kerana mereka mampu bersaing dengan agensi lain yang lebih hebat.

"Majlis penyampaian hadiah di Bentong, lebih menambah nilai kemenangan itu kerana Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob turun padang menyampaikan hadiah kepada pemenang.

"Selaku pemenang tempat kedua, KRT Kampug New Zealand memperoleh hadiah wang tunai sebanyak RM2,000, plak dan sijil kemenangan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurutnya, aktiviti mengibarkan Jalur Gemilang pada setiap Ogos dan September telah menjadi amalan tradisi penduduk Felda New Zealand bagi meningkatkan semangat patriotisme di kalangan penduduk.

Tegasnya, amalan seperti itu semakin dirasai warga emas yang berkongsi perasaan bangga dengan generasi muda terhadap kemajuan dan kemakmuran yang dinikmati rakyat.

Sementara itu, Ketua Kampung New Zealand, Wan Ahmad Putera Wan Ahmad berkata, program mengibarkan Jalur Gemilang sangat berkesan bagi mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

"Program ini dilaksanakan sebagai satu kesinambungan aktiviti patriotisme yang dapat memperkukuhkan semangat jati diri dengan amalan mengibarkan Jalur Gemilang," katanya.

Tambah Wan Ahmad Putera, dengan mengibarkan Jalur Gemilang ia secara langsung dapat mempamerkan jati diri rakyat yang cintakan negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.