saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 01/11/2012

Imej segar Bandar Baru Jerantut

JERANTUT 31 Okt. - Penduduk di sekitar daerah ini tidak perlu lagi ke Taman i-City di Shah Alam, Selangor berikutan Majlis Daerah Jerantut (MDJ) juga telah mewujudkan taman serupa yang terletak di Bandar Baru Jerantut di sini.

Kewujudan taman cahaya pada waktu malam itu merupakan satu transformasi MDJ untuk melestarikan agenda pembangunan bandar serta hab persinggahan pelancong dari seluruh dunia.

Dikenali sebagai Taman i-City, kawasan itu merangkumi pelbagai kemudahan rekreasi dan riadah untuk pelawat selain menzahirkan nilai kebersihan serta keceriaan antara iltizam pihak pengurusan MDJ.

Antara kemudahan yang disediakan di situ ialah permainan kanak- kanak, keceriaan lampu berwarna- warni, layar lebar untuk tontonan dan objek hiasan berbentuk tiga dimensi termasuk pokok hiasan memaparkan sebuah taman tema seperti di negara maju.

Melangkah ke Taman I-City di situ, pelawat akan terpesona dengan 'kedamaian' dalam dunia teknologi menghubungkan alam siber dan pemikiran realiti serta pancaran panca warna yang jarang terdapat di bandar lain negeri ini.

Bagi kanak-kanak, mereka akan merasai dunia 'baharu' tanpa sempadan dan leka bermain dengan peralatan teknologi yang disediakan.

Selain itu turut disediakan ialah kemudahan joging, senamrobik, senaman taici, pentas kesenian di samping tempat berehat bersama keluarga.

Setiausaha MDJ, Wan Norizan Wan Badaruzaman (gambar) berkata, prasarana rekreasi dan riadah itu diwujudkan selaras dengan usaha menaikkan imej Bandar Jerantut sebagai Bandar Taman Negara dan merupakan lokasi persinggahan pelawat selepas Taman Warisan yang dibuka sejak 15 tahun lalu.

"MDJ sudah memperuntukkan sebanyak RM229,000 untuk menyediakan pelbagai prasarana di taman ini untuk kegiatan rekreasi dan riadah dalam kalangan penduduk di sini termasuk pelawat," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Wan Norizan berkata, antara prasarana yang disediakan ialah alat permainan dan rekreasi bernilai RM31,000, buaian (RM30,000), pondok rehat dan bangku (RM19,000), pentas (RM100,000) dan lampu LED (RM50,000).

"Taman berkenaan juga bakal menjadi pemacu sektor pelancongan daerah ini sekali gus menambah keceriaan bandar itu khususnya pada waktu malam," ujar beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.