saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 20/11/2012

Nafas baru Muzium Sultan Abu Bakar

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah melihat barangan yang dipamerkan di Muzium Sultan Abu Bakar sewaktu baginda mencemar duli merasmikan penjenamaan semula muzium berkenaan di Pekan, baru-baru ini.

PEKAN 19 Nov. - Muzium merupakan salah satu tempat penyimpanan bahan sejarah bagi membolehkan pengunjung memahami sesuatu peristiwa yang berlaku pada zaman dahulu.

Pelbagai usaha dilakukan oleh pengurusan muzium dengan menganjurkan beberapa program bagi menarik pengunjung datang ke situ.

Suasana dalaman serta bahan pameran yang menarik merupakan antara tarikan terpenting supaya muzium tidak pernah sunyi daripada pengunjung.

Oleh itu, kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) mengambil inisiatif menaik taraf Muzium Sultan Abu Bakar di sini supaya menjadi satu tarikan tersendiri kepada pengunjung.

Muzium tersebut asalnya dibina pada 1888 dan dijadikan sebagai kediaman Residen British yang pertama di Pahang.

Bangunan itu juga pernah digunakan sebagai markas tentera Jepun ketika Perang Dunia kedua dan seterusnya dijadikan Istana Almarhum Sultan Abu Bakar.

Pada 1976, istana tersebut dijadikan muzium selepas keluarga diraja itu berkenaan berpindah ke istana baru.

Selepas 36 tahun berlalu, bangunan berkenaan melalui proses transformasi dan penjenamaan semulanya adalah tepat dan bersesuaian pada zaman teknologi masa kini.

Perkara itu dilaksanakan memandangkan ia merupakan institusi rujukan para mahasiswa universiti, pengkaji budaya tempatan, monumen lama dan tempat-tempat bersejarah di daerah ini.

Maka kerana itu, kerajaan negeri yakin projek Pesisiran Warisan Pekan dengan menaik taraf muzium tersebut yang dilaksanakan ECERDC mampu menarik 700,000 pelancong setahun menjelang 2020.

Malah, langkah tersebut membuka lebih 900 peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk setempat sebagai usaha memberi pendapatan tambahan kepada mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, penjenamaan semula muzium berkenaan merupakan satu elemen daripada projek Pesisiran Warisan Pekan itu.

Tambahnya, sebuah jambatan pejalan kaki dibina bagi menghubungkan muzium ke masjid berdekatan, manakala Jalan Sultan Ahmad berhadapan masjid Sultan Abdullah juga telah dinaik taraf.

"ECERDC juga sedang membina sebuah medan selera di pesisiran tersebut serta sebuah kompleks pemasaran dan pameran bagi pengusaha kecil dan sederhana yang dijangka siap pada suku keempat tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mencemar duli merasmikan muzium tersebut sempena Keputeraan Sultan Pahang dan Hari Muzium Antarabangsa peringkat kebangsaan di sini baru-baru ini.

Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut mencemar duli pada majlis itu.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingam Issace John.

Shafik berkata, beliau berharap dengan adanya kompleks berkenaan, para peniaga dan usahawan tempatan berpeluang memasarkan dan menjual produk mereka berupa makanan dan kraf tangan tempatan seperti fabrik Tenun Pahang.

"Ketika penutupan sementara muzium tersebut untuk kerja penambahbaikan, jumlah pelancongan di sini telah menurun kepada 16,000 orang pada 2009 berbanding 56,000 pada 2007.

"Namun, dengan penjenamaan semula Muzium Sultan Abu Bakar yang berusia genap 36 tahun diharap menjadi mercu tanda kepada Bandar Diraja Pekan bagi menarik kembali pelancong ke daerah ini," jelasnya.

Kata beliau, terdapat empat dewan iaitu Istana Kota Perak, Balairong Seri, Inderapura dan Bunga Pekan yang menyimpan pelbagai bahan-bahan bersejarah untuk tatapan generasi akan datang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:32
Maghrib 7:05
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.