PAHANG
ARKIB : 27/11/2012
Transformasi pengangkutan awam

KUANTAN 26 Nov. - Perkhidmatan bas henti-henti terbaharu, RapidKuantan yang bakal memulakan operasi pada 1 Disember ini dijangka mampu menarik lebih ramai penumpang kerana mempunyai pelbagai ciri keselamatan dan mesra pengguna semua golongan.
Ketua Pegawai Operasi (Bahagian Operasi Bas) Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (Rapid), Mohd. Azam Omar berkata, bas bersaiz 10.7 meter panjang itu mempunyai transmisi automatik dengan enam kelajuan yang direka menggunakan teknologi Sweeden.
Tambahnya, kenderaan itu turut mempunyai lantai yang rendah bagi memudahkan golongan orang kurang upaya (OKU) berkerusi roda menggunakan perkhidmatan berkenaan dengan selesa.
"Bas berkenaan berupaya direndahkan hingga 254 milimeter dari lantai ke tanah bagi kemudahan OKU, warga emas dan kanak-kanak.
"Saiznya yang lebih pendek berbanding bas biasa iaitu 12 meter juga direka khas bagi memudahkan pergerakan kenderaan itu di kawasan perumahan dan jalan di dalam bandar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Bas RapidKuantan ke Kuantan di Depoh Sentul, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Mohd. Azam, selain pemasangan lima kamera litar tertutup (CCTV), bas RapidKuantan dilengkapi penunjuk arah digital (LED) di bahagian depan, sisi dan belakang bas.
"Paparan digital pemberitahuan lokasi bas akan berhenti dan pengumuman lokasi bas juga disediakan bagi memudahkan penumpang terutama yang mempunyai masalah penglihatan dan pendengaran.
"Bagi keselamatan penumpang, pintu bas hanya terbuka apabila bas berhenti dan tidak akan tertutup dan bergerak jika terdapat halangan seperti penumpang berdiri di pintu," katanya.
Beliau memberitahu, sebanyak 64 pemandu akan memulakan tugas serentak dengan 32 bas.
Dalam pada itu, selain bas berteknologi tinggi, selamat dan selasa, katanya, pemandu juga merupakan dalam kalangan mereka yang terlatih dan berpengalaman.
Sementara itu, Pengarah Kumpulan Divisyen Bas Prasarana, Zohari Sulaiman berkata, setiap pemandu menjalani latihan komprehensif selama enam bulan termasuk metodologi pemanduan yang baik, berhemah dan mesra pelanggan.
"Kami turut menekankan beberapa aspek kemahiran berkomunikasi seperti perkhidmatan dengan budaya cemerlang, rawatan pertolongan cemas di samping memberi penekanan mengenai elemen integriti dan akauntabiliti.
"Modul latihan kami gunakan termasuk di RapidKL dan RapidPenang adalah diiktiraf kerajaan, sekali gus memberi keyakinan membuka kemudahan latihan ini kepada operator bas lain," katanya.
Tambah Zohari, sebagai permulaan, RapidKuantan akan beroperasi di depot sementara iaitu di Semambu di sini bagi melancarkan operasi harian.
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, beliau berharap dengan wujudnya perkhidmatan berkenaan, masalah berkaitan pengangkutan awam di bandar dapat diperkemaskan serta diselesaikan terutama membabitkan masa dan kekerapan perkhidmatan tersebut.
"Saya berharap RapidKuantan dapat menyelesaikan masalah pengangkutan di bandar Kuantan dengan memberi tumpuan kepada kecekapan dalam mengendalikan perkhidmatan tersebut.
"Masalah utama yang sering dihadapi orang ramai ialah kekerapan dan masa tidak menentu sehingga menyukarkan mereka kerana terpaksa mencari kenderaan lain sebagai alternatif," katanya.
2,905 cakera optik bernilai RM14,000 dirampas
ADUN ganggu tugas pihak berkuasa tempatan
Operasi pencegahan bantu turunkan statistik jenayah kekerasan
LPP salur baja RM45j setahun
RM12 juta bantu pelajar cemerlang di Pahang
Pembangunan Lipis di atas landasan betul
Hairuddin dianugerah Tokoh Guru Jerantut
Lelaki maut kereta langgar pembahagi jalan
RM25.6j projek pengeluaran makanan
UiTM Raub beri kesan ekonomi penduduk setempat
41 banting, risalah pinjaman wang haram dirampas
Sasar bina 50,000 rumah mampu milik
Guru perlu komited gerak perpaduan nasional
Remaja perempuan antara 30 penagih dadah ditahan
12 rumah persendirian didakwa
PNK Kuantan penggerak projek pengumpulan, pengedaran ikan air tawar LKIM
Pantau projek perumahan di Bukit Rangin
36 ikuti kursus kek cawan
18 peniaga dikenakan kompaun jual baju T tiruan Piala Dunia
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












