saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 30/11/2012

Gelanggang tomoi beri peluang belia isi masa lapang

Mohd. Hazmi Yusof (tengah, berkemeja putih) bersalam dengan Ayah Mat bersama penduduk Taman Impianku selepas perasmian gelanggang Kelab Tinju Tomoi Tok Janggut di Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 29 Nov. - Pembukaan gelanggang Kelab Tinju Tomoi Tok Janggut di Taman Impianku di sini memberi peluang kepada golongan belia dan remaja mengisi masa lapang mereka dengan mempelajari seni mempertahankan diri.

Pengasas kelab tersebut, Wan Mohamad Wan Hussin atau dikenali sebagai Ayah Mat berkata, kewujudan gelanggang itu menjadikannya antara pusat latihan yang terdapat di daerah ini selain lokasi tumpuan di Jaya Gading di sini.

Menurutnya, dia mula aktif mempelajari seni bela diri itu sejak berusia belasan tahun dan ketika ini seramai 15 remaja telah menyertai kelab tersebut.

"Setakat ini, saya mempunyai pelatih berusia 15 hingga 20 tahun dan jumlah itu bertambah dari semasa ke semasa.

"Saya berharap lebih ramai belia menyertainya kerana ia banyak memberikan manfaat khususnya aspek kecergasan serta membina disiplin diri," katanya di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian gelanggang tersebut yang disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Keluarga dan Masyarakat (Mayang) Parlimen Indera Mahkota, Datuk Mohd. Hazmi Yusof.

Katanya, gelanggang itu memerlukan beberapa peralatan latihan khusus untuk kegunaan pelatih berikutan ketika ini dia memperoleh barangan itu daripada gelanggang latihan di Jaya Gading.

"Dengan beberapa peralatan baru dan sesuai, ia memberikan kemudahan buat pelatih kerana saya tidak menetapkan jumlah yuran khusus dan ia terpulang kepada kemampuan pelatih," katanya sambil menambal latihan diadakan sebanyak empat kali seminggu.

Dalam pada itu, Mohd. Hazmi berkata, sebanyak RM2,000 akan disalurkan menerusi peruntukan Mayang untuk membantu dan menyediakan gelanggang lebih sesuai serta selesa kepada pelatih.

"Kita berharap golongan belia khususnya dapat mengambil peluang ini sebaik mungkin dan menyokong kewujudan gelanggang seperti ini untuk membantu mengelakkan mereka daripada terjebak dengan gejala negatif," ujar beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.