saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 27/12/2012

Pusat rekreasi Air Terjun Chamang akan dinaik taraf

BENTONG 26 Dis. - Kerajaan negeri akan menaik taraf pusat rekreasi dan perkelahan Air Terjun Chamang dekat sini dengan melebarkan jalan masuk serta kemudahan sedia ada bagi memberi keselesaan para pengunjung.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun, langkah tersebut perlu dilakukan kerana kawasan itu mempunyai potensi untuk menarik lebih ramai pelancong terutama dari luar negara.

"Memandangkan Kementerian Belia dan Sukan memilih kawasan ini sebagai perintis pusat penganjuran aktiviti sukan lasak, beberapa kemudahan sedia ada dan jalan masuk perlu dinaik taraf.

"Kerajaan negeri turut membuat permohonan kepada Kementerian Pelancongan bagi membina calet untuk pengunjung tinggal lebih lama di pusat rekreasi itu," katanya selepas melawat pusat rekreasi berkenaan dekat sini semalam.

Khai Mun berkata, penambahbaikan itu tidak perlu mengorbankan alam semulajadi kerana jika dilakukan maka akan hilang persekitaran menarik di situ.

Dalam perkembangan lain, beliau menasihati para pengunjung supaya berhati-hati mandi di pusat tersebut kerana arus air terjun yang deras dan boleh mengancam keselamatan mereka.

Menurutnya, mereka perlu mengutamakan keselamatan diri dan ahli keluarga lain dengan tidak berada terlalu dekat dengan laluan air terjun tersebut.

Katanya, beberapa insiden yang meragut nyawa pengunjung sebelum ini disebabkan tidak menghiraukan ciri-ciri keselamatan termasuk papan tanda yang menasihati mereka supaya menjauhi kawasan larangan di tempat tertentu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.