saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 03/01/2013

Rancang bina jalan Jerantut-Sg. Lembing

JERANTUT 2 Jan. - Kerajaan negeri merancang membina jalan raya bagi menghubungkan daerah ini dan Sungai Lembing di Kuantan yang melibatkan jarak sejauh kira-kira 40 kilometer berbanding 180 kilometer jika melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pihaknya masih memperincikan proses pembinaan tersebut terutama dari segi kos dan bentuk muka bumi di kawasan yang akan digunakan nanti.

"Ini adalah satu lagi projek yang akan kita jalankan untuk kemudahan rakyat dengan memendekkan perjalanan kedua-dua hala dari Jerantut ke Sungai Lembing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Kasih Sayang Komuniti 1Malaysia peringkat negeri di Padang Awam Kampung Labu di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengarah Penerangan negeri, Mohd. Sabri Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak; ADUN Damak, Datuk Lau Lee dan Pegawai Daerah Jerantut, Datuk Syed Ab. Mutalib Syed Hassan.

Pada majlis tersebut, Adnan turut menyampaikan sumbangan hamper, komputer riba, cermin mata, kerusi roda serta melakukan pemeriksaan kesihatan dan ujian darah.

Adnan berkata, kerajaan sebelum ini telah meluluskan peruntukan RM300 juta untuk membina jalan raya menghubungkan Kampung Pagi ke Kampung Mat Daling di sini selain RM120 juta bagi projek jalan raya Kuala Tahan ke Kampung Pagi.

Pada masa sama, beliau memberitahu, pihaknya memberi jaminan akan menyelesaikan permohonan tanah oleh rakyat negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Kebanyakan kawasan yang membuat permohonan tanah telah diselesaikan oleh jawatankuasa permohonan tanah pejabat daerah dan saya harap semua penduduk bersabar selain tidak terpengaruh dengan janji yang ditaburkan oleh pembangkang," ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM5,000 bagi membaik pulih lapan rumah yang mengalami kerosakan sekitar Kampung Labu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.